Tidak mempunyai pengalaman untuk melakukan dekorasi rumah tidak bermakna kita tidak boleh lakukan ubahsuai rumah dengan konsep dan gaya tersendiri.
Adakalanya, hasil DIY yang dilakukan oleh mereka yang pertama kali menghasilkan projek wainscoting ini lebih kemas dan cantik daripada yang berpengalaman. Namun, ia sudah semestinya bergantung kepada daya kreativiti masing masing.
Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Khairani Shahimin. Beliau telah berkongsi pengalaman pertama kali melakukan deco pada ruang tamu yang cukup menarik dan kreatif.
Jadi, jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah siap jugak akhirnya wainscoting dan dinding shiplap. Pertama kali buat kerja DIY ini.
Keadaan dinding ruang tamu yang dipasang shiplap wall semasa proses mengecat dilakukan.
Jenama cat pada kayu yang digunakan adalah Jotun Snow White code 5001. Kod warna cat ini menjadikan ruang tamu yang sejuk dan luas.
Kayu shiplap yang digunakan ini dibeli dari Shopee: https://shope.ee/6pT1Z0krkP
Bahagian dinding sebelah lagi dipasang wainscoting dan juga grand mirror.
Hasil selepas proses pemasangan wainscoting dan grand mirror selesai dilakukan. Hasil yang diperoleh tidak langsung kelihatan seperti seorang amatur. Cukup kemas dan menarik hasil kerja yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Gambaran penuh ruang tamu setelah kerja-kerja DIY selesai dilakukan. Jelas kelihatan ruang ini lebih mewah dengan penambahan penggunaan lampu L Box siling.
Cantik bukan hasil kerja DIY dari seorang yang baru pertama kali lakukan?
Walaupun pertama kali beliau lakukan deco rumah tetapi sangat kemas dan teratur. Itu sahaja perkongsian projek DIY pada kali ini. Semoga ini bermanfaat untuk semua.