Pernah tak anda dikecam kerana melakukan DIY yang bernas dan kreatif? Terdapat satu video viral dimana ramai yang mengecam seorang rider mengenai sebuah DIY yang dihasilkan oleh beliau. Beliau melakukan diy bekas air yang asing didalam beg penghantaran makanan beliau.
Jadi, kali ini Brader rider tu sekali lagi memuatnaikkan lagi video tiktok yang menerangkan apa fungsi yang dilakukan oleh bekas air tersebut dan nak buktikkan bahawa hasil DIY bekas air tersebut bukanlah direka untuk suka-suka sahaja.
Jom kita tengok penjelasan daripada brader ini. Lain kali jangan nak main tuduh jer sesuatu perkara tanpa dengar dahulu kenapa dan apa fungsi diy yang dilakukan oleh seseorang.
Haritu saya masukkan video kat tiktok mengenai bekas air ini. Ramai yang cakap mengarutlahh, apalahhhh. Meh sini nak tunjukkan apa fungsi oleh bekas air ni didalam beg penghantaran tersebut
Apa Fungsi Bekas Air Tersebut? Ini Yang Dijelaskan Oleh Rider Tersebut
Ramai juga yang mengecam rider ni cakap mengarutlaaa hasil diy yang dilakukan namun sebenarnya hasil DIY sebegini memberikan impak yang positif untuk rider.
Melalui penjelasan dalam tiktok adalah beliau buat sebegini adalah untuk mengasingkan air daripada makanan yang lain.
Apabila air diletakkan dalam bekas ni ianya tidak akan tertumpah dan juga membuatkan makanan yang akan basah kerana terkena air tersebut.
Memang terbaik hasil dilakukan rider ni. Semestinya idea yang sangat bernas dan wajib dilakukan untuk semua rider diluar sana.
Video Penjelasan Tiktok Mengenai Apa Fungsi Ada Bekas Air Ini
Kredit : emmygrab2022