Dapur adalah satu kawasan yang sering digunakan oleh suri rumah untuk memasak. Orang kata, semakin cantik dan selesa dapur itu, semakin bersemangatlah orang rumah nak memasak. Tak ke gitu?
Bagi yang kurang berkemampuan, untuk melakukan proses ubahsuai dan renovasi boleh dikatakan akan memakan masa bertahun dan berdekad lamanya kerana memerlukan kewangan yang stabil terlebih dahulu.
Itulah yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Uji Ismail. Beliau mengambil masa lebih kurang 13 tahun untuk memperluaskan kawasan dapur rumahnya.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian di bawah ini.
13 tahun simpan impian nak besarkan ruang belakang untuk lebarkan dapur saya.
Alhamdulillah, dua bulan renovasi dilakukan dan siap sepenuhnya.
Bahagian belakang sebelum dipecahkan untuk besarkan dapur.
Proses besarkan dapur mula dilakukan.
Proses besarkan dapur telah selesai dilakukan. Seterusnya, perkongsian dekorasi dalaman rumah pula.
Keadaan dalaman dapur ketika mula-mula selesai diubahsuai.
Bahagian dapur setelah dideco secara berperingkat.
Tempat para suri rumah menunjukkan bakat memasak.
Ruang singki selepas diterapkan dekorasi.
Pandangan penuh ruang dapur setelah selesai didekorasikan. Sangat cantik dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Semoga bermanfaat.