Projek Bina Rumah Baru Mak Ayah Bermodalkan RM150k

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selalu orang cakap untungnya ada adik beradik yang ramai. Sedikit sebanyak boleh tolong mak ayah. Rumah pun meriah bila semua balik kampung.

Melalui perkongsian di TikTok, Aripwife, dia dan 10 lagi adik beradiknya yang lain berpakat membuat projek bina rumah baru untuk mak ayah mereka dan menghadiahkan sebuah kereta.

Projek Bina Rumah Baru Mak Ayah Bermodalkan RM150k Dan Kereta Proton Saga

projek bina rumah baru

Setiap bulan kumpul duit sedikit seorang untuk beli bahan-bahan binaan. Untuk pasang tiang, lantai dan dinding sahaja berjumlah RM50k.

projek bina rumah baru

Dalam hal ini, sangatlah penting untuk mempunyai adik-beradik yang tidak berkira terutamanya dari segi wang ringgit, bertolak ansur dan mengalah. Sebab semua untuk ibu bapa sendiri juga.

projek bina rumah baru
projek bina rumah baru

Katanya lagi proses pembinaan rumah ini mengambil masa lebih kurang 3 tahun bermula pada tahun 2018 sehingga 2021. Semuanya kerana PKP dan dibuat sedikit demi sedikit.

projek bina rumah baru
projek bina rumah baru
projek bina rumah baru

Ruang tamu yang luas boleh dijadikan sebagai ruang berkumpul apabila semua pulang.

projek bina rumah baru

Tidak cukup dengan projek bina rumah, adik bongsu kepada Aripwife menghadiahkan sebuah Proton Saga untuk ibu bapa mereka. Alhamdulillah rata-rata yang komen memuji sikap muafakat antara mereka adik-beradik ini.

Sampai disini sahaja perkongsian Giler Deco kali ini. Semoga ada yang terinspirasi dengan kisah 11 beradik ini dan cuba untuk membahagiakan ibu bapa dengan cara masing-masing.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down