Projek Hasilkan Dapur Baking Studio Untuk Kerja Production

4,104 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur bukan saja digunakan sebagai tempat memasak untuk kita dan keluarga. Malah, bagi sesetengah orang pula, dapur digunakan sebagai tempat untuk mencari rezeki.

Oleh itu, melakukan pengasingan di antara dapur kegunaan rumah dan dapur untuk kegunaan kerja boleh dikatakan amat diperlukan. Bukan itu saja, dengan melakukan pengasingan dapur, setidaknya dapat menghasilkan satu ruang privasi untuk bekerja tanpa mengganggu aktiviti harian suri rumah memasak di dapur.

Perkara tersebut dilakukan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Ridzuan Bachok. Beliau telah menghasilkan projek membangunkan dapur baking studio.

Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Projek Hasilkan Dapur Baking Studio

Tempat cari rezeki. Dulu bertema. Berangan nak ikut tema itu nak ikut tema ini. Sekali bila production bertimbun hilang semua tema.

Studio belum final lagi. Hanya siapkan mana sempat sahaja hari itu sebab nak pakai untuk production kuih raya. Jangan di zoom in zoom out sebab ada yang tak siap. Alhamdulillah puas juga bila kita dapat pilih barang apa kita nak guna deco dan design.

Salam perkenalan dari studio Bunga Tanjong by Buttersteel. Siapa dekat sini ada baking studio juga? Boleh kongsi idea?

Bahagian dapur semasa dalam proses ubahsuai. Pada bahagian lantai itu kelihatan seperti lantai vinyl. Tetapi, ianya bukanlah lantai vinyl. Lantai yang digunakan adalah jenis mozek.

Dapur Baking Studio
ubahsuai dapur baking studio

Bahagian ruang sinki table top.

ubahsuai dapur baking studio

Dapur ini diberi nama studio Bunga Tanjong.

ubahsuai dapur baking studio

Gambar penuh bahagian dapur setelah selesai dilakukan ubahsuai.

ubahsuai dapur baking studio

Bahagian tempat rehat.

ubahsuai dapur baking studio

Itu saja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Giler Deco di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down