Projek Deco Dinding Meja Makeup Ala Flute Wall

3,949 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rasanya, masih ramai yang belum tahu cara untuk hasilkan dinding flute tanpa guna kayu panel original. Sebenarnya, walaupun guna kayu biasa sahaja, ia juga mampu menjadikan dinding rumah kita seperti dipasang flute wall yang betul.

Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh suami kepada @yanatyrah. Beliau telah berkongsi proses pemasangan flute wall pada bahagian meja makeup di laman tiktok miliknya itu.

Jadi, jom kita lihat proses yang dilakukan di bawah ini.

Projek Deco Dinding Meja Makeup Dengan Cara Bajet

Nak beli flutted wall panel yang selalu orang guna mahal sangat ratus-ratus, jadi DIY sendiri sajalah sebab lebih jimat kos.

Kayu ditampal pada bahagian dinding.

Deco Dinding Meja Makeup

Selepas itu, catkan dengan warna pilihan.

Nampak kan dekat sebelah kanan itu keadaan kayu setelah selesai di cat? Seterusnya pula, proses menebuk lubang untuk hasilkan meja makeup gantung.

Deco Dinding Meja Makeup

Selepas meja selesai digantung, sekali lain proses pemasangan kayu itu disambung pada bahagian bawah meja pula.

Inilah rupa bahagian meja makeup setelah projek DIY ini selesai dilakukan.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai penghasilan projek DIY pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down