Ramai yang berniat mahu mencantikkan rumah, namun, itu semua hanyalah sekadar niat kerana bajet yang ada belum mencukupi, kalau nak upah orang sudah pasti memerlukan bajet yang lebih.
Namun, terdapat satu cara untuk menghasilkan dekorasi jimat iaitu dengan melakukannya secara DIY. Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Syafiq Adam. Beliau telah menghasilkan dekorasi yang cukup menarik pada bahagian ruang tamu rumahnya.
Untuk melihat proses dekorasi yang dihasilkan ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Jom la kita mendeco rumah. Untuk hall kita layan double wainscoting dan accent wall.
Pada bahagian garden hall pakai shiplap. DIY je semua. Jimat
Ini adalah keadaan kawasan dinding semasa proses pemasangan accent wall dilakukan.
Proses diteruskan lagi dengan pemasangan lampu liplap bagi menampakkannya lebih meriah dan menarik.
Lampu liplap siap dipasang serta dinding juga dicat dengan warna hijau.
Keadaan dinding selepas selesai shiplap dipasangan dengan gaya iron wall.
Keadaan ruang tamu selepas pemasangan wainscoting dilakukan dengan sangat cantik dan kelihatan mewah.
Keadaan dinding ruang tamu pula dipasang accent wall.
Bahagian halaman rumah pula dijadikan taman mini dengan menggunakan rumput palsu tahan hujan. Untuk pagar pula beliau gunakan shera plank.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu semua pembaca diluar sana untuk idea dan inspirasi dalam menghasilkan dekorasi rumah. Semoga bermanfaat.