Rumah yang mempunyai anak kecil, jika terlihat dinding rumah penuh dengan contengan itu boleh dikatakan hanyalah perkara biasa. Namun, perkongsian pada kali ini agak menghiburkan dek kerana anak kesayangannya itu mengoyakkan wallpaper tersebut semata-mata untuk menconteng bahagian dinding itu.
Disebabkan dinding itu tidak lagi kelihatan baik selepas terkoyak dan ruang tersebut telah kelihatan kurang menarik. Bagi menjadikan dinding tersebut cantik semula, beliau telah menukarkan dinding itu dengan menghasilkan satu projek DIY batten wall.
Tanpa berlengah lagi, jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Asbab si kecil koyakkan wallpaper mama, terpaksa jugalah lakukan Projek DIY ini.
Beranikan diri buat sendiri. Berdebar juga takut tak jadi sebab memang jarang-jarang pegang kayu, gergaji bagai ni. Tetapi akhirnya menjadi juga.
Projek DIY Board dan Batten.
Barangan yang digunakan:
Kos tak sampai RM500 pun. Beliau pernah tanya quotation design macam ini, ianya hampir RM3.5k juga.
Bahagian dinding rumah sebelum diubahsuai. Pada ketika ini, dinding hanya menggunakan wallpaper sahaja. Wallpaper yang digunakan dibeli dari kedai wallpaper berdekatan dengan rumah. Wallpaper ini memang kelihatan cantik dan menarik kerana ada glitters. Anggaran kos keseluruhan berserta pemasangan sekitar RM800.
Dinding yang ingin dipasang batten wall ini berkeluasan 12x9 kaki. Ada juga yang bertanya, dekat mana beli kayu pallet ini? Kayu pallet dibeli dari kedai kayu pallet. Bagi memastikan kayu tersebut melekat pada dinding, ia memerlukan gam yang khas untuk kayu tersebut. Gam yang digunakan adalah gam Xbond.
Keadaan dinding selepas kayu dilekatkan.
Proses pemasangan diteruskan lagi.
Batten wall selesai dipasang.
Langkah seterusnya pula adalah mengecat batten wall.
Inilah hasil akhir projek diy batten wall setelah selesai dicat.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam melakukan kerja-kerja DIY seperti yang dilakukan ini. Semoga bermanfaat.