Projek DIY Board Dan Batten Wall Pada Ruang Tamu

948 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi pada bahagian bawah dinding cukup diminati oleh pemilik rumah pada ketika ini. Hal ini kerana, proses pemasangannya tidak begitu murah dan semua orang boleh melakukannya.

Sesetengah pemilik rumah menghasilkan batten wall dengan hanya menggunakan casing PVC sahaja. Namun, itu semua bergantung kepada minat masing-masing.

Pemilik rumah ini yang bernama Nurul Fadilah Norzelan lebih memilik untuk menghasilkan dinding batten dengan menggunakan kayu MDF.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Projek DIY Board Dan Batten Wall Pada Ruang Tamu Dalam Masa 2 Hari

Alhamdulillah.

Siap projek board dan batten wall kami laki bini. Siap dalam masa 2 hari setengah. Kami newbies. Baru first time buat diy

Keadaan dinding rumah tamu sebelum dipasang dinding batten.

Projek DIY Board Dan Batten Wall

Dinding batten mula dipasang dengan menggunakan Kayu MDF.

Projek DIY Board Dan Batten Wall

Inilah hasil ruang tamu rumah mereka setelah selesai dipasang dinding batten.

Projek DIY Board Dan Batten Wall

Cat yang digunakan adalah jotun majestic true beauty sheen washed linen 10679.

Saiz untuk Mdf board yang digunakan adalah tinggi 4 kaki, lebar 3 inci dan tebal 6mm.

Jarak antara batten itu beliau buat dalam 44 cm. Ikut panjang dinding masing-masing. Jangan rapat sangat, tak elok. Tetapi, atas diri masing-masing ingin lakukan seperti apa.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Jun 19, 2022
Dikemaskini pada
Jun 19, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down