Pernah lihat tak sebuah halaman rumah yang dihiasi dengan lantai simen bercorak? Lantai tersebut dipanggil "concrete paving" macam yang dicakapkan oleh アリフ モクタル. Beliau mendapat idea untuk melakukan DIY concrete paving ini untuk mencantikkan lagi pada kawasan hamalan rumah beliau.
Untuk melakukan DIY ini nampak mudah sahaja tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerja ini melibatkan simen dan anda perlu bancuhkan simen dan tunggu ia keras untuk teruskan kepada langkah yang lain. Namun, hasil akhir yang dilakukan sangatlah puas hati.
Jadi, jom kita melihat bagaimana DIY ini dilakukan dan apa bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan DIY ini.
Projek kecil untuk buat concrete paving. Ini adalah projek DIY saja, tanpa pengawasan dari pakar rumput atau pakar landscape
4 Fasa Penting Dalam Melakukan DIY Concrete Paving Ini
Cara Betul Untuk Melakukan DIY Concrete Paving Ini
Fasa membuat concrete paves menggunakan mold.
Bancuhan simen utk concrete paves.
Mengisi bancuhan simen ke dalam Acuan Paves.
Meratakan permukaan pave.
Sudah kering dan mengeras. Pastikan ianya tidak rapuh atau brittle, dan tidak mudah retak apabila dipijak2.
Atur secara automatik rambang dan isi pasir di ruang2 antara concrete paves.
Pastikan concrete paves stabil dan tidak bergerak apabila dipijak2.
Kredit : アリフ モクタル