Projek DIY Board Dan Batten Wall Pada Ruang Tamu

2,087 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi pada bahagian bawah dinding cukup diminati oleh pemilik rumah pada masa kini. Hal ini kerana, proses pemasangannya tidak begitu murah dan ianya juga boleh dilakukan oleh semua.

Sesetengah pemilik rumah menghasilkan batten wall dengan hanya menggunakan casing PVC sahaja. Namun, itu semua bergantung kepada minat masing-masing.

Pemilik rumah ini yang bernama Nurul Fadilah Norzelan lebih memilih untuk menghasilkan dinding batten dengan menggunakan kayu MDF.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Projek DIY Board Dan Batten Wall Pada Ruang Tamu Dalam Masa 2 Hari

Alhamdulillah.

Siap projek board dan batten wall kami laki bini. Siap dalam masa 2 hari setengah. Kami newbies. Baru first time buat diy

Keadaan dinding rumah tamu sebelum dipasang dinding batten.

Projek DIY Board Dan Batten Wall

Dinding batten mula dipasang dengan menggunakan Kayu MDF.

Projek DIY Board Dan Batten Wall

Inilah hasil ruang tamu rumah mereka setelah selesai dipasang dinding batten.

Projek DIY Board Dan Batten Wall

Cat yang digunakan adalah Jotun Majestic True Beauty Sheen Washed Linen 10679.

Saiz untuk Mdf board yang digunakan adalah tinggi 4 kaki, lebar 3 inci dan tebal 6 mm.

Jarak antara batten itu beliau buat dalam 44 cm. Ikut panjang dinding masing-masing. Jangan rapat sangat, tak elok. Tapi, atas diri masing-masing ingin lakukan seperti apa.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down