Projek DIY Dry Kitchen 100% Hasil Air Tangan Suami

11,562 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki suami yang pandai bertukangan boleh dikatakan satu kelebihan dan keuntungan besar buat para isteri. Hal ini kerana, penghasilan ubahsuai dengan cara DIY lebih menjimatkan bajet dan kos yang perlu dikeluarkan juga cukup minima.

Itu yang dilakukan oleh suami kepada insan yang bernama Nazu Fmly ini. Beliau berkata, suaminya memulakan kerja-kerja ubahsuai dapur ini dari proses table top, bar top, kabinet bawah bar dan rak gantung. Semuanya dilakukan sendiri sahaja.

Sebenarnya, projek ini bermula dari tahun 2019 lagi. Namun, suaminya kerja. Disebabkan sibuk, suaminya hanya melakukan projek ini ketika ada masa terluang sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.

Projek DIY Dry Kitchen Berkat Hasil Air Tangan Suami

Alhamdulillah.

Projek DIY untuk dry kitchen kami siap akhirnya.

Saya cakap dengan suami, biar lambat janji siap, akhirnya siap juga 80%.

Tinggal nak buat pintu cabinet untuk table top, cabinet bawah bar top dan island table sahaja.

Permulaan projek, suaminya melakukan proses mencantum besi rak gantung terlebih dahulu.

Projek DIY Dry Kitchen

Kemudian, besi dipotong mengikut bentuk yang dimahukan dengan menggunakan mesin canai.

Projek DIY Dry Kitchen

Selepas itu, proses melicinkan kayu rak gantung dilakukan.

Projek DIY Dry Kitchen

Langkah seterusnya, beliau melakukan proses memotong serta welding besi tersebut.

Projek DIY Dry Kitchen

Sudah siap proses hasilkan rak gantung. Jadi, tinggal untuk pasang sahaja.

Projek DIY Dry Kitchen

Proses menggantung rak gantung ini dilakukan oleh anak-beranak beliau sahaja.

Projek DIY Dry Kitchen

Sebelum meletakkan meja kayu itu, seeloknya ia perlu digam terlebih dahulu.

Projek DIY Dry Kitchen

Kemudian, sekali lagi proses melicinkan meja kayu dilakukan.

Projek DIY Dry Kitchen

Kayu bar top ini dibuat sendiri oleh suaminya. Tetapi, hanya menggunakan kayu cantum-cantum sahaja. Selepas itu, sapukan dengan cat epoxy.

Projek DIY Dry Kitchen

Proses pemotongan tiles dilakukan.

Projek DIY Dry Kitchen

Projek seterusnya pula adalah proses buat table top.

Projek DIY Dry Kitchen

Ketika ini, beliau sedang lakukan welding untuk membuat kerangka kabinet bawah bar top.

Projek DIY Dry Kitchen

Inilah hasilnya setelah dapur selesai diubahsuai. Dapur eletrik itu dijadikan dapur untuk kecemasan sahaja. Untuk masak Maggie dan makanan yang simple dan senang.

Projek DIY Dry Kitchen

Ruang ini untuk basuh benda ringan sahaja iaitu benda yang tidak berbau.

Projek DIY Dry Kitchen

Kabinet untuk ruang ini masih belum ditutup lagi. Kena tunggu suaminya tidak sibuk lagi untuk buatkan pintu. Sementara itu, beliau hanya beli dekat Shopee sahaja kain langsir untuk tutup.

ubahsuai dapur kering

Ini adalah tempat mengopi suami isteri. Kabinet bawah itu suami yang cat sendiri.

ubahsuai dapur kering

Menarik projek DIY dapur rumah yang dihasilkan oleh pasangan ini. Diharap ianya dapat memberi inspirasi kepada pembaca Giler Deco di luar sana.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down