Makeover Dapur Bajet Dengan Shopee Dan Eco Shop

22,168 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur yang kemas dan cantik adalah impian para wanita. Namun, bajet sering jadi penghalang utama untuk realisasikan impian tersebut. Dalam dunia ni, kita perlu yakin dan percaya bahawa tiada satu perkara pun yang dapat menghalang diri untuk mencapai impian kita sendiri.

Sama juga seperti impian untuk dapatkan dapur yang cantik dan kemas. Sekarang ni shopee dan eco shop kan ada. Jadi lagi mudah untuk korang wujudkan impian tersebut.

Dekat shopee macam-macam benda ada jual, cuma korang kena jadi pembeli yang bijak. Sebelum beli apa-apa, survey dulu harga dan kualiti barang tersebut. Banyak kedai yang jual barang sama, tapi harganya berbeza.

Jom ikuti perkongsian daripada Nur Hakimah yang telah lakukan makeover dapur dengan barang dari shopee dan eco shop.

Makeover Dapur Bajet Dengan Shopee Dan Eco Shop. Mudah Dan Jimat

Keadaan Dapur Sebelum Dilakukan Makeover

Terlalu banyak arang sampai tak tahu nak mana. Last sekali, letak je banyak-banyak atas meja dapur. Memang sakit mata tengok keadaan dapur yang berselerak macam ni. Nak masak pun tak ada mood.

Sebelum ni, malas nak deco. Sebab fikir dapur rumah sewa. Tapi disebabkan dah tak tahan dengan keadaan dapur sekarang, makin lama dibiarkan makin parah jadinya. Terus decide nak makeover dapur bagi nampak lagi kemas dan cantik walaupun dengan modal yang rendah.

dapur bajet

Semasa Proses Makeover Dilakukan

Sebelum start buat apa-apa, kita asingkan dulu barang yang mana nak guna, nak buang atau nak simpan dalam stor. Tak ada la semua barang nak letak kat dapur. Betul tak?

Yeay! Ni rak buku tau. Tapi dijadikan kabinet atas dapur. Beli dekat shopee je. Nak deco dapur bajet memang kena kreatif dalam pemilihan barang.

Kabinet ni pun beli yang secondhand je. Lepastu tampal wallpaper marble, auto nampak baru. Tok soh duk risau, orang tak cam dah aih ni kabinet terpakai.

Barang-barang yang bersepah ats meja tu kita susun dalam bekas. Kemudian letak dekat rak buku yang dijadikan kabinet atas dapur tadi.

dapur bajet

Hasil Akhir Makeover Dapur Bajet

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga makeover dapur bajet ni. Lepas tengok wajah baru dapur ni, auto hilang penat.

dapur bajet
dapur bajet
dapur bajet

Barang-barang dapur tersusun dengan lebih kemas. Memang jauh beza dengan sebelum ni.

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai makeover dapur bajet dengan shopee dan eco shop. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua.

Sumber : @nurhakimah71 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down