Siapa sangka, dari kerusi kereta yang buruk dan lusuh mampu ditukarkan menjadi kerusi gaming yang kelihatan baru dan cantik.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang pemuda yang bernama Md Azy. Beliau memanfaatkan barangan terbuang yang ada dan dijumpai di tempat sampah dengan menghasilkan kerusi gaming melalui projek DIY.
Untuk melihat proses ubahsuai yang dilakukan, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Kalau ada seat kereta yang tak guna jangan buang ya.
Ini contoh saya diy buat ala-ala seat gaming.
Ini semua guna barang terbuang, kerusi pejabat yang jumpa di tempat sampah.
Ini adalah kerusi yang ingin diubahsuai jadi kerusi gaming.
Kusyen ini custom sendiri. Selepas itu, baru hantar ke kedai dan buat bracket dekat bawah guna besi bar yang keras.
Proses mengecat bahagian kerangka bawah.
Bahagian bawah kerusi.
Bahagian tepi kerusi ini.
Untuk adjust knob itu, beliau sudah lock sampai paras tertentu, takut nanti terlebih adjust pula ke belakang.
Gambar penuh keadaan kerusi setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.