Projek DIY Kitchen Island Bajet Yang Bermodalkan RM1K

13,439 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak beli sebuah kitchen island ni kat kedai tapi harga pula terlalu keras dan kualiti juga mesti macam biasa-biasa jerkan. Jika inginkan sebuah kitchen island yang berkualiti dan juga tahan lama, apa kata lakukan sebuah projek DIY kitchen island di rumah yang simple ini. Anda hanya perlukan modal RM1k sahaja.

Untuk melakukan projek DIY ini, anda boleh tengok perkongsian daripada yang dikongsikan oleh Fara Amirullah ini. Beliau menyatakan apa bahan yang perlu ada untuk lakukan projek ini.

Kesemua projek ini adalah dilakukan oleh suami tercintanya sendiri. Jom kita tengok perkongsian daripada Fara Amirullah ini.

Projek DIY Kitchen Island Simple & Cantik Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah

I pernah post project diy kitchen island yang menggunakan c channel yang husband i buat masa PKP hari tu, tapi tergendala disebabkan skirting and powder coating tak dapat beli dek PKP. Hari ni dedua item sampai serentak, so husband settle kan kitchen island i tu. Finally siap jugak.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Ini

Cara Untuk Membuatkan Projek DIY Kitchen Island Ini

Proses membuatkan rangka untuk kitchen island ini sedang dijalankan. Saya menggunakan besi C Channel untuk melakukan rangka ini. Untuk pertemuan di antara kesemua C Channel ini saya menggunakan skru dan bukannyer rebet.

Projek DIY Kitchen Island

Beralih kepada proses seterusnya iaitu meletakkan kayu nyatoh pada atas untuk dijadikan sebagai permukaan kitchen island tersebut. Bahagian bawah pula adalah kayu juga dan saya lekatkannya menggunakan gam kayu jenama X-Bond.

Lekatkan kayu yang selebihnya sehingga menjadi sebuah pattern sebegini.

Dah siap apa semua kini beralih pula kepada fasa mengecat bahagian kitchen island ini. Untuk warna cat ini saya menggunakan warna hijau ala-ala sugar cane begitu.

Projek DIY Kitchen Island

Hasil Projek DIY Kitchen Island Yang Dilakukan

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga akhirnya kitchen island kami yang tak seberapa ini. Jadi, kalau anda inginkan kitchen island boleh cuba lakukan macam saya ini.

Projek DIY Kitchen Island
Projek DIY Kitchen Island

Sumber : Fara Amirullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down