Di setiap halaman rumah ada tak satu laluan batu bata yang khas untuk anda lalui dengan kereta? Untuk rumah yang besar sudah mestinya ada namun untuk rumah biasa ni sudah pastinya tiada. Tapi itu bukan masalah untuk anda juga menginginkan sebuah laluan batu bata khas.
Anda boleh lakukan sebuah projek DIY laluan batu bata dengan harga yang rendah namun anda perlukan tenaga yang kuat jika lakukan seorang diri macam yang dilakukan oleh Shafirul Kader ini. Beliau sememangnya gigih melakukan laluan batu bata khas untuk bahagian halaman rumah.
Hasil akhir yang dikongsikan juga sangatlah cantik walaupun hanya melakukan secara DIY. Mungkin anda semua boleh mendapatkan inspirasi untuk melakukan projek ini dirumah sendiri.
Projek Drive Way Golongan Marhain. Nak buat imprint concrete mahal sangat, nak panggil lori siput tak larat nak tarik sorg². So kita buat paving guna bata merah jela.
Kos projek : 700 (bata) + 239 (pasir kasar) + 78 (pasir halus) + keringat
Duration : 1 bulan setengah (buat keja hujung minggu & petang lepas balik kerja
Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Laluan Batu Bata Ini
Proses DIY Melakukan Laluan Batu Bata Ini
Proses pertama pun dah susah dah iaitu leveling dengan pasir. Boleh mencabar gak sebab nak bagi sama ratakan.
Batu bata yang bakali digunakan untuk melakukan laluan diy ini.
Inilah dia sedikit hasil menunjukkan susuna batu bata yang dilakukan pada hadapan pintu rumah. Baru sikit ni. Panjang lagi nak disusunnya.
Setelah hampir sebulan setengah melakukan projek ni, sudah hampir pada penghujungnya.
Untuk ruang di antara batu bata ni saya letakkan pasir untuk menutup ruang tersebut.
ALhamdulillah, siap juga bahagian laluan batu bata ni. Walaupun nampak biasa sahaja namun kepuasan melihat hasil sendiri tu yang penting.
Sumber : Shafirul Kader