DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur

42,615 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memang sudah menjadi kebiasaan pada masa kini, segala peralatan dan perabot dapur kebanyakannya dibeli sahaja. Jika memang berkemampuan, tidak salah ianya dibeli secara terus.

Akan tetapi, ada juga sebahagian dari kalangan kita yang kurang bermampuan untuk terus membeli perabot rumah. Jadi, jalan mudah adalah dengan cuba sendiri dengan cara DIY. Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Syazana Arifin. Beliau secara seorang diri telah berjaya melakukan projek DIY meja usang menjadi kabinet dapur yang cukup kreatif.

Untuk melihat cara penghasilannya, boleh terus ikuti dibawah ini.

Projek DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur

Salam. Sedikit perkongsian diy meja usang jadi kabinet dapur. Kos dalam lingkungan Rm100 lebih ada lebihan playwood dan barang lain lagi.

Belum ada rezeki nak duduk rumah sendiri lagi. Jadi kita diy je la kabinet dapur bajet ni mana tahu boleh bagi idea kat orang lain juga.

Meja lama ini sebenarnya milik tuan rumah. Tuan rumah pesan, kalau tak nak pakai kau buang saja. Boleh dikatakan ini khazanah berharga sebab ada bermacam-macam tulisan purba disitu.

diy kabinet dapur

Selepas sudah membersihkan meja itu. Letak plywood 12mm. Selepas itu, tampal sahaja wallpaper. Itu je la paling mampu buat masa sekarang.

diy kabinet dapur

Selepas itu, proses seterusnya, sambung buat laci pula. Laci asal meja ini memang sudah tak ada.

diy kabinet dapur

Proses diteruskan sehingga waktu malam. Nasib baik ada pembantu cilik untuk syif malam.

diy kabinet dapur

Beliau cuba hasilkan DIY tempat letak tong sampah bergerak dan bawah itu laci plastik sampah. Kalau dilihat, ia sangat nipis, dengan hanya menggunakan plywood 5mm. Takut pula roboh kalau tarik.

DIY Meja Usang

Selepas pasang pintu kabinet, pasang kesemua pemegang pintu.

DIY Meja Usang

Bahagian laci ini tempat letak minyak dan perkakasan lain dapur.

DIY Meja Usang

Tempat letak peralatan seperti sudu dan sebagainya.

DIY Meja Usang

Bahagian bawah dijadikan tempat letak tisu.

DIY Meja Usang

Tempat tong sampah bergerak.

DIY Meja Usang

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu mereka diluar sana untuk hasilkan almari kabinet dengan cara DIY sahaja. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down