Projek DIY Mini Bar Berpandukan Lukisan Yang Dilukis

382 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak mini bar dirumah tapi malas nak beli yang mahal-mahal kat kedai?

Usah risau kerana anda boleh membuatnya sendiri DIY mini bar sahaja dirumah dengan bajet yang rendah sahaja macam yang dilakukan oleh Helmi Hussaini ini. Beliau membuat diy tersebut dan kongsikan didalam sebuah grup facebook "Kelab Deko Sebelum & Selepas".

Hasilnya mendapat reaksi yang positif dan ada kagum dengan hasil diy tersebut. Menurut Helmi lagi, diy tersebut memerlukan kayu pine, skru, gam kayu dan lain-lain untuk membuatnya. Berpandukan lukisan yang dilukis hasilnya hampir sama sahaja. Jom kita melihat diy ini.

Projek DIY Mini Bar Yang Cantik & Simple Berpandukan Sebuah Lukisan Yang Dilukis

Diy mini bar (table top + Stools) Tidak lah 100% sempurna, tetapi berpuas hati buat sendiri. Gambar seperti di bawah.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Mini Bar Ini

  • Pine Wood
  • Skru
  • Gam Kayu
  • Gergaji
  • Kertas Pasir

Jumlah kos pembikinan ~RM300(Pine wood, skru, gam kayu, gergaji dan lain2) cat tak termasuk sebab lebihan cat rumah sebelum ini.

Tempoh masa siapkan hampir sebulan. Sebab, tinggal di tingkat sebelas, hanya waktu hjg mggu shj bole bertukang. (Peraturan management).

Pine wood bole dibeli di kedai hardware. Kena pandai cari, tak semua kedai hardware jual.

DIY Mini Bar

Proses Dalam Melakukan DIY Meja & Kerusi Bar Ini

Inilah dia sketches yang dilukis untuk lakukan diy mini bar ini. Ia tidaklah 100% mengikut lakaran ini. Ada berubah ikut idea yang datang time tu.

Secara terperinci mengenai berapa kayu yang diperlukan dan panjang yang dikehendaki untuk lakukan diy sebegini.

DIY Mini Bar

Proses meja dan stool dah siap dibine. Sebelum ke proses mengecat cuba test dulu betul atau tidak ketinggian dan juga berat yang mampu ditampung.

DIY Mini Bar

Dah lulus semua barulah boleh beralih kepada proses mengecatkan stool dan juga meja bar ini mengikut tema yang disukai.

Stool warna putih dan untuk meja dilapisi dengan warna hitam pada permukaannya untuk nampak lebih cantik dan style.

Siap juga akhir DIY mini bar yang dilakukan ini. Semoga dapat dijadikan inspirasi untuk anda semua yang inginkan bar mini dirumah.

DIY Mini Bar

Kredit : Helmi Hussani

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down