Ternampak beberapa posting mengenai sebuah rain shower yang viral dimana ia menggunakan paip pvc untuk membuat pancuran air hujan yang lagi best untuk mandi berbandi menggunakan produk sedia ada di kedai. Tertanya juga bagaimana untuk membuat sebuah DIY rain shower yang sama macam dalam posting tersebut.
Pengguna facebook bernama Jess Papajahat ini ada berkongsikan bagaimana beliau melakukan sebuah DIY pancuran air hujan yang viral macam didalam posting ini. Kaedahnya simple sahaja. Dan semua boleh lakukannya. Ada pancuran macam ni budak-budak komfirm mandi lebih lama berbanding yang dulu.
Jom lihat bagaimana Jeff Papajahat ini melakukan DIY shower rain ini dirumahnya. Semua boleh melakukannya jika mengikuti step by step yang dikongsikan oleh beliau.
Diy rain shower. Syok mandi woo!!! Sumber rujukan di youtube banyak. Inlet saya ambil direct dari tangki (kat sini jangan di gam, senang kalau nak cuci tangki nanti)
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Shower Rain Ini
DIY Rain Shower Yang Viral Untuk Tandas Rumah Anda
Susun dan gam paip dan soket. Dah siap, tebuk lubang, dan spray bagi lawa. Design ikut kretiviti masing2, inletnya saya ambil dari tank drainage. Kat sini saya tak gam. Boleh juga kalau anda nak ambil dari shower pipe asal.
Tebuk lubang menggunakan mata drill saiz 1.5mm. Susunan lubang kene pandai2 ukur jaraknya.
(Video) Hasil Akhir Untuk Rain Shower Ini
Dan finally, inilah hasilnya untuk diy ini. Anak-anak pasti suka mandi pasni. Kalau lama sangat dalam tandas tu paham-pahamlaa.
Kredit : Jeff Papajahat