Majority daripada rakyat Malaysia gemar deko rumah mereka. Hal ini kerana ia menjadi satu kepuasan kepada mereka. Dalam masa sama ia juga menjadi terapi diri untuk hilangan stress.
Dari segi bajet pula ianya bergantung kepada diri mereka sendiri. Jika mempunyai bajet lebih mereka dapat melakukan dekorasi menggunakan barang yang lebih berkualiti. Tapi tak semestinya barang murah tak ada kualiti tau.
Walau bagaimanapun masih ramai yang suka berjimat dengan melakukan transformasi terhadap perabot atau barang2 mereka yang masih boleh digunakan. Salah satunya adalah diy rak yang berusia 15 tahun yang telah dikongsikan oleh Farhanah Ibrahim.
Barang-barang yang digunakan untuk DIY rak dan meja:
Sebab Nak Lakukan DIY
Meja ni bila dah lama guna mesti la ada masalah kan. Kalau macam meja ni serpihan kayu dah banyak terkeluar. Bila guna meja ni confirm habuk kayu melekat pada baju.
Mula-mula ingat nak buang, tapi bila fikir balik sayang la pulak. Jadi sebagai jalan penyelesaiannya kita DIY je. Senang cerita.
Mula-mula asingkan permukaan plywood pada bahagian meja dan rak. Kemudian spray bahagian kaki meja dan rak dengan warna putih.
Kemudian tampal wallpaper bercorak marble pada bahagian atas meja dan rak. Gunakan scrapper untuk mengelakkan wallpaper gelembung.
Hasil Akhir Selepas Proses DIY
DONE! Dah macam perabot mewah kan. Memang save bajet betul. Guna 3 barang je dah dapat rak dan meja mewah macam ni.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco mengenai projek diy pada kali ini. Harap dapat membantu korang untuk lebih berjimat semasa DIY rumah. Good Luck!
Sumber : @farhanah.ibrahim (Tik Tok)