Projek DIY Rak Basikal Di Luar Rumah Bermodalkan RM300

7,731 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seronoknya kalau kita sendiri dapat sebuah basikal untuk kita sendiri kan? Tidak kisahlaa daripada family, kawan-kawan atau sesiapa janji basikal tu boleh dimainkan pada waktu petang. Namun, yang menjadi masalah adalah tiada tempat khas untuk menyimpan basikal ini sesudah selesai menggunakannya.

Jadi, inisiatif yang terbaik adalah dengan melakukan sebuah DIY rak basikal pada bahagian luar rumah anda dengan bermidalkan RM300 sahaja. DIY yang dilakukan oleh Kim Salim ini amatlah membantu anda semua yang ingin melakukan rak basikal ini.

Jadi, setelah selesai menggunakan basikal bolehlah anda simpan pada rak tersebut. Jom kita melihat bagaimana dan apa bahan yang diperlukan untuk melakukan DIY rak basikal ini.

DIY Rak Basikal Yang Dilakukan Pada Bahagian Luar Rumah Dengan Bajet RM300

Siap juga akhirnye projek rak luar + rak basikal berkat cedok ILHAM dan ILMU dgn otai2 dlm group ni. Terbaik semua. Terima kasih banyak2 diucapkan. Modal tak sampai rm300 jer dan buat sendiri memang makan masa skit. Senget benget tak boleh nak buat ape dah😅. Dapat lepas inspection dari orang umah cukup lah

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Cara-Cara Untuk Melakukan DIY Rak Basikal Ini

Inilah dia tempat untuk saya letakkan rak basikal setelah siap dilakukan.

Proses pemotongan kayu ini sedang dilakukan. Sya menggunakan plywood kayu 2x2 sebab. Untuk ukuran pula mintak tolong owner hardware potongkan.

DIY Rak Basikal

DIY rak basikal ini dimulakan proses dengan memasangkan L bracket pada bahagian tersebut dan meletakkan kayu plywood sebagai tapak rak.

Selepas membuat tapak rak, sekarang beralih pula kepada membuat rangka rak tersebut. Dah nak nampak dah bentuk rak tersebut.

DIY Rak Basikal

Selesai sudah rak basikal ini. Yang ni tak termasuk hasil finishing lagi. Yang tu sambung untuk lain hari pula. Hari pun dah malam.

Sambung pula yang seterunya adalah dengan meletakkan wallpaper pada bahagian keseluruhan rak basikal tersebut. Barulah nampak cantik dan juga sedap mata memandang. Tak derlaaa nampak macam rak harga murah.

DIY Rak Basikal

Kepada anda yang nak tengok bagaimana dalaman rak tersebut, inilah dia rupanya. Kat bawah boleh muatkan 1 basikal manakala yang atas pula barang-barang hardware.

DIY Rak Basikal

Kredit : Kim Salim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down