Projek DIY Pasu Bunga Berkaki Khas Untuk Pokok Skybird

1,969 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Orang Malaysia sememangnya terkenal dengan DIY ataupun lebih dikenali sebagai Do It Yourself. Mereka ini tersangat kreatif dengan membuat sendiri pelbagai barang seperti pasu bunga, perabot, makanan dan lain-lain. Kali ini min nak kongsikan kepada anda cara-cara untuk DIY pasu bunga yang harganya jauh lebih murah berbanding di beli di kedai bunga berdekatan.

Pasu bunga merupakan satu elemen yang sangat penting supaya laman anda akan tampak lebih berseri-seri. Selain itu, ia juga untuk memastikan pembesaran tumbuhan dapat berjalan dengan subur. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy pasu bunga bajet

Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Ariana, beliau telah berkongsikan projek diy pasu bunga bajet di mana harganya hanyalah menggunakan bahan-bahan dari kedai Eco dan bahan sedia ada sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Langkah Untuk Melakukan Projek DIY Pasu Bunga Berkaki Untuk Letakkan Di Rumah

Assalamualaikum. Ni kita nk share satu lagi projek terbaru dari cik abang kita. Pasu berkaki namanya. Pasu bajet. Sebab guna bakul dari kedai eco sahaja.

Bahan-bahan lain ada yang sedia ada di rumah dan ada di beli di kedai hardware. Ini ada tutorialnya. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang nak cuba diy. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Melakukan DIY Pasu Bunga Ini :

  • Bakul
  • Kayu 2 inci x 1/2inci
  • Kayu batang mop
  • Tali
  • Paku atau skru

Langkah-Langkah :

1. Kita guna kayu ukuran 2 inci x 1/2inci. Panjang pulak ikut la bakul hampa berapa lebar. Kita punya ukuran 9 inci ja. Yang tengah² kayu tu potong macam dalam gambar tau sebab nanti nak cantumkan dia.

2. Ini kayu batang mop dan potong 4. Panjang pun ikut la hampa nak macam mana. Kita buat 10 inci ja setiap 1 batang tu.

3. Ok ni kita dah cantumkan kayu yang hampa tengok kat pic awal tadi. Lepas dah cantum macam tu. Hampa paku atau skru tengah² tu. (Dalam gambar ni tak nampak paku sebab belum paku dah snap gmbr).

4. Step seterusnya. Cantumkan batang mop tu dengan kayu bersilang tengah tu. Ikut cita rasa hampa nak paku atau skru. Dalam gambar ni kita guna skru. Kayu silang tu ikut hampa la nak letak paras mana. Kalau nak pasu hampa duduk tinggi hampa lebihkan la kaki tu ke bawah. Ikut cita rasa masing² naa.

DIY Pasu Bunga

5. Ok ni gambar testing. Try letak tengok lawa ke tak lawa kalau kaki tinggi tu. Ok jom tengok gambar seterusnya pulak.

DIY Pasu Bunga

6. Haa ni bukti kata kita guna bakul kedai eco ja tapi ni tak penting pun. Sebenarnya ikut hampa la nak guna bakul atau pasu macam mana pun. Ikut citarasa masing² dan ikut poket masing². Hampa jangan tanya saiz bakul ni tau sebab tak ukur pun.

7. Dah siap kaki tu, kita pun try la letak bakul tu. Ngam² kaki ngan bakul tu tapi kannnn. Ermm tak lawa laaa sebab nampak lubang kat atas tu. Nampak sangat murahnyaaa. So kita touch up la sikit bakul tuuu.

8. Kita guna tali. Tali apa nama pun tak tau laa sebab cari kat kedai hardware ada jual. Harga tak mahal dalam 3 ringgit.

9. Haa, siap dah balut dengan tali ni. Balut sikit ja kat bahagian atas tu sebab nak cover lubang ja.

DIY Pasu Bunga

10. Jeng jeng jeng. Siap dah. Simmple ja kan. Oh yaa, batu tu ikut hampa la nk letak ke tak nak. Dah kat umah kita ada batu ni banyak so kita letak la.

DIY Pasu Bunga

Siap

Oh yaaa. Kot ada yang nak tau kos dia kan. Tak temasuk pokok lah. Ada kot lebih kurang tolak dalam Ringgit Malaysia tak sampai 5 hinggit kot. Rasanya lah sebab kayu tu memang dok ada kat umah ni. Batu pun sama dok ada kat umah ni. Ok bye.

DIY Pasu Bunga

Kredit : Maria Ariana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down