Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

7,191 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

"Benda boleh buat sendiri, buat apa nak upah orang". Itu kata-kata yang keluar dari mulut lelaki ini apabila bercerita mengenai penghasilan hiasan dinding wainscoting pada kediaman miliknya.

Lelaki ini yang bernama Mea Edie telah menunjukkan projek DIY wainscoting dinding bawah dengan hanya melakukan seorang diri sahaja.

Jadi, jom kita lihat proses penghasilan yang dilakukan ini.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Peralatan yang digunakan :

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Langkah 1:

Proses potong kayu.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Langkah 2:

Gam X bond dilekatkan pada kayu yang dipotong tadi.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Langkah 3:

Kayu dilekatkan pada dinding.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Bahagian dinding ini setelah selesai dipasang wainscoting.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah
Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Cat digunakan adalah Jotun majestic.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Soalan Lazim Yang Sering Di tanya Oleh Orang Yang Baru Berjinak :

  1. Salah satunya adalah Mana nak cari kayu wainscoting ni?

    - Cari di kedai hardware yang agak besar, selalunya yang ade jual pasir dan kayu. 
  2. Nak cakap macam mana dengan apek tu?

    - Cakap kat dia nak kayu bunga (kalau cakap nak kayu wainscoting harapan tipis nak jumpa. Sebab dia pun tak paham ape wainscoting tu ape mende kayu )

    - Pilih la kayu yang cantik-cantik dan lurus untuk mudahkan kerja kita.  
  3. Berapa harga kayu ni?

    - Yang besar RM 12-14 - Yang kecik RM 4-6
    - Harga bergantung pada kedai.
  4. Berapa panjang kayu ni?

    - Sebatang 7 kaki.
  5. 7 kaki tu panjang mana?

    - Paling simple nak agak. Cuba melangkah setiap langkah lebih kurang 1 kaki.
  6. Kene potong sendiri ke?

    - Ya, kalau suruh dia potong, baik suruh je apek tu buat semua sampai habis.
  7. Kayu nak kene gosok bagi licin ke?

    - Ya, kena gosok sikit bagi licin, guna kertas pasir no 2.
  8. Nak tampal pakai gam ke paku?

    - Guna gam pun boleh. Calit sikit-sikit sahaja. kalau banyak nanti comot terkeluar lebihan gam masa menampal.

    - Lepas tu tampal guna masking tape biar dia kering. Saya lebih selesa guna paku.
  9. Berapa lama kering gam tu?

    - Nak tunggu 2-3 hari pun boleh tapi dia kering dalam 10 minit je.
  10. Paku tu untuk apa?

    - Paku digunakan jika dinding tak rata. gam lambat kering.
  11. Paku berapa panjang?

    - Beli yang 1 inci cakap kat dia nak paku simen. Harga sekotak rm3.50.
  12. Ada berapa biji paku dalam kotak?

    - Kira sendiri. tak lalu nak kira.
  13. Yang lubang-lubang tu nak tutup guna apa?

    - Guna wood sealer sebotol rm8 ada warna putih dan coklat. Comot sikit tak apa lepas tu gosok guna kertas pasir bagi licin.
  14. Yang macam pistol tu apa?

    - Itu namanya sesiku L. Digunakan untuk dapatkan sudut 45 dan 90 darjah.
  15. Apa formula dan ukuran?

    - Guna 4 inci setiap jarak dari lantai dan di antara kotak dan kotak.
  16. Satu dinding berapa kotak?

    - Terpulang kalau rajin potong dan gosok buat la berapa banyak kotak pun.
  17. Guna cat minyak ke cat air?

    - Beliau guna Cat Jotun majestic. Tak tahu minyak ke air.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga dapat memperjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh pembaca di luar sana.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down