Rumah yang cantik sudah pasti datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga dan menitik beratkan keadaan dan suasana rumah supaya kekal kelihatan menarik.
Pada masa kini, rata-rata pemilik rumah sering mendekorasikan rumah dengan gaya dan konsep wainscoting. Hal ini kerana, pemasangannya cukup ringkas membolehkan semua orang menghasilkannya dengan cara DIY sahaja.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Amiey Eriey. Beliau telah menghasilkan projek DIY wainscoting ruang makan berkonsepkan white.
Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian menarik ini.
Projek DIY Suami Isteri.
Alhamdulilah. Selesai projek DIY wainscoting rumah kecil kami. Bini bolehlah bantu sikit-sikit pegang kayu dan cat-cat, boleh tahan jugak nak buat.
Saya cuba untuk deco-deco walaupun tak mahir sangat. Tema rumah ini adalah white sebab cukup suka warna putih sebegini.
Bahagian dinding ruang makan tersebut semasa proses pemasangan wainscoting dilakukan.
Keadaan ruang dinding sebelah kiri setelah dilekatkan dengan wainscoting.
Inilah hasil setelah pertama kali berjaya dilakukan. Beliau berkata, nak tempah interior designer tak mampu. Jadi, mereka cuba buat sendiri dahulu.
Hasil kayu wainscoting, gam dan gergaji semua secara online dari Shopee, sehari dua selepas itu terus sampai depan rumah. Cat yang digunakan adalah Jotun Majestic.
Dinding sebelah kiri setelah selesai dipasang wainscoting.
Bahagian penjuru dinding dihiasi dengan pokok palsu skybird.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek DIY wainscoting pada ruang makan. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.