Projek DIY Wainscoting Ruang Tamu Bersama Askar Cilik

4,039 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ibu-bapa mana yang tidak berasa gembira apabila memiliki anak-anak yang rajin dan suka membantu orang tuanya. Jika memiliki anak yang ringan tulang dan selalu membantu ibu bapa dalam melakukan kerja-kerja di rumah, kita sangat beruntung.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh lelaki ini yang merupakan seorang bapa yang bernama Muamar Ghadaffy Anuar. Beliau berkongsi satu projek DIY wainscoting pada ruang tamu yang dihasilkan bersama-sama dengan askar ciliknya.

Jadi, jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Wainscoting Ruang Tamu Hasil Pertolongan Askar Cilik

Selamat la ramai askar-askar terlatih tolong cat. Baru siap hari ini, Esok sudah kerja.

Buat kerja wainscoting ini memang penat sebab kena ukur, kena potong, kena gam, kena tampal kena cat undercoat selepas itu cat finishing.

Tetapi, bila nampak hasilnya rumah pun berubah jadi ala-ala modern klasik.

Terima Kasih ya group ini kerana dapat la saya cari ilham sedikit sebanyak.

Dinding ruang tamu sebelum diubahsuai.

Projek DIY wainscoting ruang tamu

Projek DIY pada kali ini dibantu oleh anak-anak yang ringan tulang dan sangat rajin.

Wainscoting ruang tamu

Bahagian dinding ruang tamu setelah selesai dipasang wainscoting. Beliau hanya beli di kedai hardware bersaiz 12mm x 43mm x 8ft kayu fingerjoint.

Harga untuk sebatang adalah RM3.20. Biasanya semua kedai hardware ada menjual kayu ini. Penggunaan kayu ini memerlukan banyak kerja sedikit. Ia perlu digosok dengan kertas pasir. Kalau nak senang, beli terus kayu PVC wainscoting yang potong terus tampal sahaja dan tak perlu gosok.

Wainscoting ruang tamu

Mereka bekerjasama dalam mengecat bahagian dinding ruang tamu tersebut.

Wainscoting ruang tamu

Cat putih yang digunakan adalah Nippon Paint 7 liter berharga RM33.

Wainscoting ruang tamu

Pendapat Netizen:

Shiplap atau wainscoting itu sepatutnya lebih tinggi dari aras mata untuk nampak luas, dari lantai 4 kaki sebelum border, macam kelihatan tergantung.

Rumah ini terletak dikawasan teluk panglima dan keadaan rumah pula jenis siling setinggi 14 kaki. Ukuran kayu yang digunakan adalah 8 kaki sahaja.

Wainscoting ruang tamu

Dinding accent wall ini dicat dengan cat jenama Nippon Paint berkod BGG 1590D Turkish tiles.

Wainscoting ruang tamu

Nampak sejuk warna cat ruang tamu yang digunakan. Itu sahaja perkongsian mengenai projek DIY wainscoting pada ruang tamu untuk kali ini.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi seperti ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down