Kalau kita lihat, penghasilan dekorasi dan ubahsuai dapur kelihatan nampak sangat mudah. Namun, sebenarnya bagi melakukan ubahsuai dan deco sangatlah sukar dan memenatkan. Lagi-lagi apabila ianya dilakukan sendiri tanpa mengupah orang.
Perkara tersebut telah diberitahu sendiri oleh lelaki ini yang bernama Iwe Syazwan. Beliau berkata, sejujurnya, terlibat dalam proses renovasi ini memang sangat memenatkan. Kalau tanya nak buat lagi atau tidak? Beliau menjawab, "tak nak dah".
Sepanjang renovasi ini dilakukan, lama juga beliau tutup terus tingkat bawah tersebut. Duduk dekat bahagian atas sahaja. Dapur tak berasap, jadi beliau sign up Panda Pro. Tv pun angkat masuk ke dalam bilik master. All in all, memang serabut lah.
Bagi mengetahui cerita ubahssuai dan deco dapur ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Alhamdulillah sempat siap sebelum hujung tahun.
Design 3D yang dihasilkan sebelum dapur tersebut mula dilakukan ubahsuai.
Projek ini 100% design sendiri dari structure, geo, archi dan ID berinspirasikan dari HGTV dan Property Brothers yang menjadi satu-satunya channel yang mereka tonton sepanjang 5-6 bulan ini. Drama pukul 7 pun isterinya tak layan. Lagipun kami berdua dalam construction industry. Jadi, kita try buat macam retilah buat semua benda seperti ini. Tambahan pula isterinya, Nurul Dalila WA ada sijil qlassic.
Hakikatnya, execution tak sama dengan planning. Tambahan pula, beliau pun bukan berlatar belakangkan contractor buat rumah. Beliau hanya buat jalan, longkang dan jambatan. Isterinya pula hanya reti jadi consultant dan client sahaja.
Inilah rupa dapur tersebut setelah berjaya diubahsuai berdasarkan design 3D yang dihasilkan tadi.
Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi, mereka survive dan inilah hasil akhirnya. Beliau sempat berseroloh, "ada ke orang nak hire aku dan isteri? haha".
Sebenarnya, memang ada orang tanya. Tapi, proses ini sangat memenatkan. Jadi, bukan duitlah ukurannya. Ia lebih kepada persediaan mental kita sendiri. Tambahan pula, beliau ada satu personaliti yang dipanggil OCD kategori nampak sudu dengan garfu dalam bekas yang sama pun darah sudah naik ke kepala.
Beliau berkata lagi, Sebenarnya, buat benda ini pun boleh jadi anxiety juga tau sebab stress. Memang jiwa tak tenang sebab fikirkan macam-manalah tukang interprate design dan instruction beliau.
Boleh kata, banyak sahaja isu salah buat, workmanship, gaduh dengan tukang, gaduh-baik, gaduh-baik. Selepas itu, tak datang, mintak duit lebih, jiran marah sebab sampah, habuk, tikus, bunyi bising dan banyak lagi la. Tapi semua itu mereka tempuhi bersama.
Projek ini boleh dikatakan beliau sudah seperti seorang developer cum maincon. Design dan coordination semuanya beliau yang buat. Material pun mainly semua beliau beli kecuali barang kasar macam pasir, simen, besi, papan, konkrit. Semua beli online dan kebanyakan dari Shopee.
Senarai barangan untuk projek ini:
Ruang makan selepas diubahsuai.
Pesanan kepada kawan-kawan yang nak terjebak dalam bidang ini, kalau boleh fikir masak-masak dahulu. Ada sebab dalam dunia ini wujud arkitek atau interior designer. Gaji mereka itu akan memberi ketenangan minda sebab agak lumayan. Tapi, berbaloilah juga bersusah payah untuk rumah sendiri.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi seperti ini.
Selamat mendeco.