Projek atau proses untuk membesarkan sebuah rumah kampung ini merupakan sebuah proses yang sangat mencabar. Ia bukan sahaja memakan masa yang lama untuk lakukannya. Namun, ia juga memakan duit atau modal yang tinggi untuk merealisasikan impian tersebut.
Melalui perkongsian daripada Nik Munazzah ini menunjukkan beberapa keping gambar proses membesarkan rumah kampung mereka. Rumah kampung tersebut telah dibeli dengan harga RM24K. Dan untuk memebesarkan pula ia memerlukan modal sebanyak RM45K.
Jadi, bayangkan rumah kampung yang asalnya kecil kini sudahpun berubah menjadi rumah kampung yang besar. Jom kita tengok perkongsian daripada Nik Munazzah ini.
Part 1: Sekadar perkongsian dan inspirasi untuk geng rumah kampung. Rumah ini dibeli dengan harga 24k walaupun beratap ardex. Walaupun tak ada pagar ribu riban. Rumah kampung pun kita boleh buat bagi sedap mata memandang , damai dan selesa tanpa merobohkan rumah asal
Next part 2: Backyard
Proses Dalam Melakukan Projek Membesarkan Rumah Kampung
Rumah kampung ini saya beli dengan harga rm24k pada tahun 2004. 2 bilik, 1 bilik air, 1 dapur dan 1 ruangan rehat.
Bermodalkan 45k , rumah ini diubahsuai dengan tambahan ruang tamu di depan dan bilik tidur utama di kanan. Rumah lama masih dikekalkan di ruangan tengah sebagai ruang makan menjadikan rumah ini 3 bilik tidur 2 bilik air.
Selepas 14 tahun, bagi memenuhi keperluan anak-anak yang semakin membesar, kami membesarkan ruangan dapur dan menambah 2 bilik lagi menjadikannya 5 bilik tidur 4 bilik air tanpa mengusik rumah asal.
Fasa 1 : Proses menanam cerucuk.
Fasa 2 : Proses memasang rangka bumbung.
Fasa 3 : Pemasangan wool dan aluminium supaya bahagian attic kurang panas.
Fasa 4 : Atap zink warna kelabu di pasang bagi memberi keseragaman dengan bumbung ardex rumah lama dan sekaligus menjimatkan kos.
Fasa 5 : Untuk makluman, sub pemasangan rangka dan atap sepenuhnya hanya di kendalikan oleh seorang pekerja sahaja.
Fasa 6 : Dinding bata dan pemasangan cornice selesai.
Fasa 7 : Memasang finishing shera plank untuk nampak lebih kedesaan dan kolonial.
Alhamdulillah. Masa ni hampir 90% siap.
Sungguh cantik projek membesarkan rumah kampung ni. Walaupun rumah kampung tetapi ia nampak menarik dan mewah.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!
Sumber : Nik Munazzah