Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

63 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapat melihat hasil setelah berjaya mengubahsuai rumah secara sendiri memang seronok walaupun konsep yang dilakukan sederhana dan tidak begitu seberapa.

Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh lelaki ini yang bernama Akram Aman. Beliau telah melakukan ubahsuai pada rumah yang sebelum ini ditenggelami banjir supaya kelihatan cantik semula.

Jadi, untuk melihat proses ubahsuai yang dilakukan, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Berbekalkan Kudrat Sendiri

Repair mana patut sikit-sikit lepas banjir hari tu.

Apabila buat kerja seorang sahaja macam inilah salah satu contoh setelah belajar dari Youtube. Tahan ceilling guna kayu sahaja.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Pembahagi ini dibuat guna kayu pine, tak cukup panjang nak buat sampai atas skru dekat lantai terus sahaja. Selepas itu, cat hitam, tapi cat tidak cukup.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Pada bahagian atas itu beliau guna casing pipe PVC putih sebab nak cover wire dari meter yang sudah tertanam separuh.

Separuh jadi terkeluar semasa pasang siling sebab siling lama tidak rata kerana kayu sudah reput.

Suis pada bahagian tepi pintu itu pun suis lama, beliau spray warna flat black. Kalau guna cat sapu akan tertanggal dekat bahagian nak on/off itu sebab cat jadi tebal apabila guna berus.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Susun wiring, buang mana yang tidak pakai.

Langsir dan ring langsir beliau beli di Shopee sahaja dengan harga keseluruhan di bawah RM100, batang langsir beliau guna batang kayu penyapu, hujungnya guna socket paip air, selepas spray hitam.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Proses pemasangan siling sudah siap, baru perasan tak sama level dengan banyak batu pecah terlopongnya. Sudahnya beliau guna wall skirting PVC sahaja sebab harga siling cornice mahal, rumah sewa je pun. Jadi beliau beli wall skirting RM180 dekat Shopee untuk siling dan lantai.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Frame yang akan diletakkan pada dinding.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Bingkai ini sama sepeti di atas, beliau hanya terbalikkan sahaja, selepas itu cat dengan warna hitam.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Bahagian hadapan tv selepas diubahsuai.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Kerusi ini kakinya dicabut oleh kerana 1 kaki sudah terkehel.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Kemudian, beliau dapat idea untuk guna tapak kaki kerusi tersebut untuk hias lampu oren ini.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Ada lebih 1 kaki lagi beliau guna untuk letak bunga hiasan. Rumah bujang kan, jadi kita guna apa yang ada sahaja untuk deco.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Bahagian kipas ini paling best sebab asalnya nak spray hitam, tetapi covernya sudah reput sangat dan tak boleh nak spray nampak cantik semula, nak buang sayang benda boleh pakai lagi. Ini kipas belakang.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Kipas hadapan sebelum modified.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Biasa orang pergi kedai besi jual besi kan? Namun, beliau pergi kedai besi beli besi. Pada asalnya nak cari cover kipas yang asal untuk ganti yang reput itu dengan spray hitam.

Tetapi, masa tengah tengok kipas-kipas lain rasa macam boleh modified, terus beli bahagian-bahagian yang nak pakai itu dengan harga 15 ringgit.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Kipas lama sudah dicat hitam.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jadi kipas moden yang jenis tengah tak ikut berpusing itu . Bilah pakai lama, motor juga pakai yang lama.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Kipas depan selepas modified.

Projek Memperbaiki Rumah Yang Ditenggelami Banjir Secara Seorang Diri

Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi untuk mengubahsuai rumah seperti ini.

Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down