Jika tandas rumah kita kelihatan suram dan lama, sudah pasti ada terdetik dan memasang niat untuk mencantikkan semula bahagian tersebut supaya berwajah baru.
Sekiranya tandas lama kita jenis mancangkung, jika mahu menukarkannya kepada tandas jenis duduk bukanlah menjadi masalah besar sebenarnya. Apa yang penting adalah bajet yang kita ada haruslah mencukupi.
Sebenarnya, banyak manfaat pemasangan tandas duduk ini. Salah satunya sesuai untuk golongan warga emas dan golongan uzur yang sudah tidak kuat untuk berjalan.
Jadi, bagi melihat penghasilan ubahsuai tandas ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Untuk keselesaan keluarga dan mesra warga emas apa salahnya kan?
Ubahsuai tandas ini dilakukan berdasarkan permintaan pemilik rumah itu yang mahu menukarkan tandas cangkung kepada tandas duduk.
Proses ubahsuai ini diteruskan lagi dengan memecahkan tandas cangkung tersebut sehingga rata.
Bahagian yang dipecahkan tadi dibuang.
Selepas semuanya dibuang, simenkan semula bahagian yang dipecahkan tadi.
Langkah seterusnya, pemasangan mozek dilakukan.
Setelah semuanya selesai, tandas duduk tersebut sudah boleh dipasang.
Proses mencuci dilakukan terlebih dahulu.
Inilah hasilnya setelah tandas duduk selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca diluar sana dalam mencari idea bagi menghasilkan ubahsuai pada bilik air lama.
Selamat mencuba.
Kredit: Tuan MD Zaki