Kemajuan teknologi pada masa kini sudah banyak memberikan perubahan terhadap keadaan persekitaran kita. Ia juga termasuk aktiviti dan projek-projek dekorasi dan ubahsuai rumah.
Siapa sangka, penghasilan awning bergerak yang dilakukan ini nampak seperti ringkas. Namun, jika diperhatikan, ianya sudah dilengkapi sekali dengan elektrik kerana adanya lampu-lampu hiasan pada bahagian atas itu.
Sangat kelihatan menarik dan kreatif. Jadi, bagi mengikuti penghasilan projek ini dengan lebih lanjut. Jom teruskan bacaan di bawah ini.
Projek pemasangan awning pada kawasan beranda.
Inilah rupa dari sudut lebih dekat awning ini semasa dalam proses pemasangan.
Pada bahagian atas itu dipenuhi dengan lampu-lampu LED sebagai penyeri.
Ianya boleh ditarik dan ditolak.
Kelebihan pemasangan awning bergerak seperti ini adalah, jika terasa inginkan pencahayaan matahari, ianya boleh ditarik semula. Kalau inginkan suasanya yang teduh, hanya tolak ke depan sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semoga pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk hasilkan atap awning bergerak seperti ini.
Kredit: Poshandqueen Cessie A.