Dugaan raya di negeri Pantai Timur pada tahun ini tersangatlah besar dek kerana cuaca panas yang melampau membuatkan suhu mencecah sehingga 37 darjah celcius.
Perubahan cuaca ini sangat memberi kesan terhadap golongan pemilik rumah kampung yang menggunakan atap jenis zink. Memang tersangatlah bahang dan tidak selesa untuk berada di dalam rumah.
Menjelang tibanya hari raya Aidilfitri, memang sangat sesuai jika kita fikirkan satu cara yang dapat mengurangkan haba bahang dalam rumah dengan hanya menggunakan foil laminate sahaja. Barulah tetamu rasa selesa sewaktu bertandang ke rumah kita. Betul tak?
Jadi, bagi melihat bagaimana ianya dipasang, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Saja nak kongsi, projek sebelum raya pasang foil laminate. Pasang ini dulu sementara kumpul modal untuk siling dekat kampung.Untuk golongan marhaen memang dah cakap terbaik. Memang dapat kurangkan suhu di ruang bumbung. Suhu dalam rumah tidak panas lagi.
Suhu sebelum pasang 50 ke atas dan selepas pasang dalam 29/30 sahaja. Tak adalah macam duduk dalam aircond, tapi beza sakan. Alhamdullilah sudah boleh tidur dengan selesa waktu siang dan tengahari dalam rumah.
Tetamu datang beraya tahun ini inshaallah rasa nyaman.
Modal: RM 135 x 30 meter (1 gulung) Order di Shopee: Foil Laminate
Foil laminate boleh beli di Shopee sahaja.
Ia akan dipasang pada bumbung ini.
Proses pemasangan dilakukan.
Ianya sudah selesai dipasang.
Sangat mudah kan?
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat membantu kurangkan haba di musim panas melampau ketika ini.
Selamat mencuba.
Kredit: Nordin Saari