Inginkan pemandangan sekeliling didalam dalaman rumah anda nampak premium dan cantik seakan rumah mewah? Kini anda boleh melakukannya dengan hanya memasang sahaja sebuah siling L Box didatangi dengan lampu T5.
Untuk melakukan sebuah projek pemasangan L box disertakan dengan lampu T5 ini boleh merujuk kepada cara yang dilakukan oleh Abi Mohd Zaki Addin ini. Beliau telah berkongsikan hasil DIY memasang L Box tersebut didalam sebuah grup facebook bernama Tukang Apa Hari Ini.
Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini untuk pemasangan yang lebih terperinci.
Projek DIY L Box dan lampu T5.
Keluasan : 16x18.
Kos untuk setiap barangan :
1) L Box (8'x 1' x 4") 8 keping = RM80
2) Besi siling, Simen cornice, skru dan barang runcit² = RM80
3) Lampu T5 dan Eye ball = RM168 (shoppe)
4) Cat = sedia adaKeterangan kerja pada setiap gambar.
Kredit kepada rakan pemberi idea iaitu Shah Rimie , saya selaku tuan rumah cuma jadi helper masa proses pemasangan L Box. (kene buat dua orang)
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Pemasangan L Box Secara DIY Ini Dilakukan
Sebelum melakukan L Box ini, Saya ukur ketinggian guna laser terlebih dahulu.
Ini merupakan besi siling untuk dilakukan sebagai bracket.
Saya gunakan method dimana ia tak ganggu sturuktur siling sedia ada. Just pasang bracket sahaja.
Buat jarak bracket dekat-dekat macam ni untuk struktur lebih kuat.
Masa nak matikan bracket ukur guna laser sekali lagi.
Pasangkan tulang untuk lekatkan L Box dengan kuat.
Proses melekatkan L Box sekali dengan lampu t5 eye ball.
Hasil Akhir Untuk Projek Pemasangan L Box Secara DIY Ini
Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir projek memasang siling L Box ini yang dilakukan oleh saya dan pembantu saya. Baru nampak premium keadaan sekelili g rumah lepas memasang L Box ni.
Sumber : Abi Mohd Zaki Addin