Projek Penghasilan Dapur Ventilator Hanya Guna Pine Wood

3,256 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebagai individu yang cukup aktif di dalam bidang pertukangan, kegagalan dan memperoleh hasil yang tidak memuaskan semasa melakukan sesuatu kerja DIY dianggap perkara biasa.

Hal ini kerana, tiada seorang pun manusia yang akan terus berjaya hanya dengan sekali percubaan sahaja. Apa yang penting adalah terus berusaha dan jangan hanya melakukan dengan separuh jalan sahaja.

Seperti yang dilakukan oleh Mohd Shariff Nordin, yang boleh di anggap sebagai otai dalam melakukan kerja-kerja DIY ini. Beliau telah menghasilkan satu projek yang menarik dengan melakukan projek dapur ventilator hanya guna pine wood sahaja.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek Penghasilan Dapur Ventilator Berkonsepkan Gaya Farmhouse

Alhamdulillah. Selepas beberapa kali buka dan pasang untuk mencari reka bentuk yang bersesuaian, terhasil juga akhirnya demi kepuasan.

Betul-betul punya pelan-pelan kayuh. Cuma tinggal nak letak wood filler dan cat, kemudian, selesai.

Ruang dapur yang ingin dipasang dapur ventilator tersebut.

Projek Penghasilan Dapur Ventilator

Jenis kayu yang digunakan adalah pine wood.

Kerangka mula dipasang dengan pemilihan bentuk mengikut citarasa sendiri.

Proses pemasangan sudah hampir selesai dilakukan.

Beginilah bentuk yang terhasil setelah ianya selesai dipasang.

Kemudian, kayu dipotong membentuk corak untuk dilekatkan pada bahagian tepi ventilator tersebut.

Inilah hasilnya setelah ianya dilekatkan pada bahagian tepi.

Hasil setelah proses pemasangan selesai dilakukan. Maka, jadilah konsep kononnya ala farmhouse.

Nak beli ladang tak mampu. Jadi, sudah memadai untuk beliau dengan hanya tiru konsep dan gaya sahaja.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down