Setiap tahun menjelang raya, kebanyakan pemilik rumah sudah mula sibuk untuk menghasilkan dekorasi raya pada rumah masing-masing.
Hari raya Aidilfitri kan hanya sekali setahun sahaja. Jadi, apa kata kita manfaatkan sebaiknya dengan deco-deco yang cukup mewah dan menarik. Barulah makin bersemangat nak sambut raya nanti.
Ubahsuai pada kali ini dilakukan oleh seorang suami kepada wanita ini yang bernama Noraidah Zaili. Konsep dekorasi yang dilakukan cukup glam dan nak elegan.
Jadi, bagi melihat keadaan sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Setiap tahun menjelang syawal, suami renovate sendiri rumah sentiasa dengan deco-deco baru. Kita suka perubahan baru.
Proses-proses pemasangan dilakukan oleh suaminya.
Pada bahagian dinding dideco menggunakan wainscoting.
Wainscoting tersebut dibentuk menjadi frame.
Beginilah hasil ubahsuai raya yang dilakukan oleh suaminya. Cukup kelihatan mewah.
Deco pada bahagian ruang makan.
Sangat menarik projek dekorasi raya yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.