Laundry area merupakan kawasan yang wajib ada jika anda inginkan ruang dapur dan laundry yang asing. Ruang laundry asing ini dapat memberikan anda kelegaan untuk membasuh baju dengan tenang tanpa ada gangguan daripada ruang dapur.
Melihat kepada perkongsian daripada Mohd Shahrulnizam Zuraimi ini, beliau menunjukkan hasil dekorasi dan juga projek renovasi rumah pada ruangan laundry beliau. Hasilnya boleh dikatakan sangat cantik dan menarik bersesuaian dengan tema yang diinginkan.
Projek 2 bulan. Reno kecilan2 di rumah. Alhamdulillah, siap sepenuhnya. Laundry Area berkeluasan 270 Kps untuk bini tersayang. Privacy sikit nak basuh/jemur baju, tak perlu risau dah jemur baju musim hujan.
Sengaja tak beli dryer sebab nok orang rumah berpeluh sikit. Untuk natural lighting dan haba bagi mengeringkan baju. Guna atap tempered glass 8mm. Air buang mesin basuh, saya minta tukang buat siap2 saluran air buang betul2 belakang mesin basuh tu, straight ke mainhole.
Spesifikasi Renovasi Untuk Rumah Kecil-Kecilan Ini
Kos Yang Digunakan Untuk Renovasi Ini
Upah tukang 12K. Tukang buat kerja semua skop kerja. Mengecat, plastering, wiring, finishing, piping, tiling. Pasang kekuda dan atap. Kiranya semua a-z. Saya juga request kerja2 luar skop seperti render lantai luar rumah, belah kaki lima untuk tanam paip, meroboh dinding (F.O.C). Saya beli barang sahaja. Kos dalam 13k untuk barang. Kebetulan tengah mencanak harga simen dan besi.
Hasil Renovasi Yang Dilakukan Untuk Rumah Keluasan 270 Kps Ini
Kredit : Mohd Shahrulnizam Zuraimi