Projek Transformasi Dapur Ruang Sempit Di Rumah Sewa

7,255 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Melakukan sesuatu transformasi dapur ini tidaklah sesusah yang kita fikirkan. Walaupun keluasan ruangan dapur tersebut sempit dan hanyalah bertempatkan dirumah sewa, anda masih lagi boleh melakukan projek  transformasi dapur tersebut seperti yang dilakukan oleh Amirul Haniff ini.

Beliau berkongsikan hasil transformasi dapur tersebut didalam sesebuah grup facebook Kelab Kaki Deko. Walaupun perkongsian tersebut sangatlah simple untuk dilakukan namun ia cukup sangat untuk membantu sesiapa yang ingin melakukan projek transformasi dapur pada pertama kalinya. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Projek Transformasi Dapur Untuk Ruang Yang Sempit Agar Kembali Nampak Cantik

Projek transformasi dapur cinonet untuk rumah sewa saya

- Tukar lantai kepada vinyl flooring

- Cat semula dinding

- Pasang skirting pada sinki

- Pasang 4 tier rak pelbagai guna, lintangkan jadi kabinet atas

- Pasang rak dan rel atas sinki

- Letak kabinet dapur dan kabinet pelbagai guna Ruang agak sempit, jadi dapat letak dapur memasak jenis satu dapur je. Boleh la dari takda.

Proses Untuk Melakukan Transformasi Dapur Ruang Sempit Ini

Keadaan sebelum transformasi dilakukan. Dapur ni merupakan dapur penyewa yang lama.

Projek Transformasi Dapur

Proses memasang vinyl flooring dengan ketebalan 4mm.

Untuk dinding dapur ni saya cat semula warna biru. Warna biru yang saya gunakan ini adalah Oceantide.

Projek Transformasi Dapur

Saya pasangkan rak serbaguna, lintangkan supaya jadi kabinet atas. Untuk rak tersebut saya beli kat Tesco, kaki pula dari Ikea. Kabinet dapur beli kat kedai parabot Bayya Pakistan.

Akhirnya siap juga transformasi dapur saya ini. Boleh la bebudak ni guna nak masak megi ke, goreng telur ke.. Set up rumah sewa bujang perempuan.

Projek Transformasi Dapur

Skirting ni saya beli kat Aeon. Rel gam terus kat sinki. Pakai rel langsir je.

Mesin basuh dah takda tempat lain untuk parking. Jadi, kesimpulannya ialahh duduk la situ diam2. Hahahaha

Sumber : Amirul Haniff

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down