Konsep dekorasi rumah yang dihasilkan secara DIY sering dilakukan oleh pemilik rumah pada ketika ini. Dengan menghasilkannya sendiri, ia lebih menjimatkan kos kerana hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli barangan sahaja tanpa perlu mengupah tukang.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Chut Fatimah Abdullah. Beliau telah menghasilkan projek wainscoting kreatif pada ruang tamu, ruang tv dan shiplap pada ruang makan bersama dengan anak-anaknya.
Jadi, untuk melihat proses ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Wainscoting ruang tamu dan ruang TV.
Shiplap ruang makan. Projek anak dan bapak.
Keadaan ruang menonton tv.
Ruang tamu selepas diubahsuai.
Pada bahagian ruang makan dipasang kayu shiplap.
Keadaan dinding tanpa adanya pencahayaan. Beliau guna cat minyak, bukan waterbased sebab nak elak dari naik fungus.
Beliau lakukan 2 kali undercoat kayu. Selepas itu, 3 kali cat minyak. Kesannya akan nampak glossy dan shining. Kalau tak nak glossy, boleh ambil waterbased. Namun, kesan jangka masa panjang mungkin akan naik fungus.
Bahagian shiplap wall setelah dipasang lampu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk hasilkan dekorasi pada bahagian dalaman rumah yang cantik dan kreatif seperti ini.