Projek Wainscoting Jadikan Rumah Kediaman Lebih Elegan

3,334 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Wainscoting pada masa kini sudah tidak asing lagi di kalangan kita. Boleh dikatakan ramai pemilik rumah pandai dan berjaya hasilkan wainscoting dengan cara DIY mengikut citarasa mereka tersendiri.

Hal ini kerana, untuk melakukan wainscoting tidaklah begitu sukar. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Salmie Suhana dan suaminya, beliau telah berkongsi projek wainscoting jadikan rumah kediaman mereka lebih elegan dan menarik.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek Wainscoting Jadikan Rumah Kediaman Lebih Elegan

Alhamdulillah, seminggu siap semuanya, suami buat seorang diri je, isteri bantu hulur-hulur barang.

Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting mula dilakukan dengan mengukur dan melekatkan kayu mengikut keluasan dan keadaan dinding rumahnya.

Projek Wainscoting Jadikan Rumah Kediaman

Kayu wainscoting setelah dilekatkan bagi penghasilan wainscoting pada dinding tersebut.

wainscoting dinding

Proses pemasangan kayu wainscoting diteruskan dengan melekatkannya pada dinding bahagian menuju ke tangga.

wainscoting dinding

Kayu wainscoting pada bahagian tangga hampir siap dipasang.

wainscoting dinding

Proses diteruskan dengan melekatkan wainscoting pada dinding tangga bahagian atas pula.

wainscoting dinding

Proses seterusnya pula adalah dengan merangka bahagian yang ingin diletakkan cermin wainscoting.

wainscoting dinding

Langkah seterusnya pula adalah dengan melakukan wainscoting pada bahagian bawah pula.

wainscoting dinding

Proses melakar dan merangka bahagian yang ingin dilakukan wainscoting tersebut dilakukan.

wainscoting dinding

Kayu wainscoting pada bahagian bawah mula dipasang dan dilekatkan dengan gam Xbond. Bagi memastikan kayu tersebut tidak tercabut, tape digunakan untuk menyokong bahagian yang digam itu.

wainscoting dinding

Ini pula adalah semasa pemasangan wainscoting pada bahagian dinding ruang ke dapur.

wainscoting dinding

Dinding yang telah siap dipasang shiplap dan wainscoting pada bahagian bawah tersebut mula dicat mengikut warna pilihan.

wainscoting dinding

Hasil wainscoting pada dinding bahagian dekat tangga yang dilakukan tadi.

wainscoting dinding

Gambar selepas dinding shiplap dan wainscoting pada bahagian ruang makan dan dapur selesai dilakukan ubahsuai.

wainscoting dinding

Keadaan bahagian ruang tamu selepas konsep dinding shiplap dengan gaya mirror shiplap dan wainscoting bawah selepas dilakukan ubahsuai.

wainscoting dinding

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down