Proses DIY Pagar Lama Menggunakan Aluminium Hollow Bermodalkan RM 5K

5,635 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Faizal Edid berhasrat nak tukarkan pagar dirumahnya kepada pagar baharu dengan menggunakan shera plank sebab ramai yang lakukan diy pagar lama ini menggunakan shera plank. Namun, disebabkan susah nak cari shera plank di kawasan rumahnya jadi terpaksa beliau mencari alternatif yang lain.

Beliau memilih untuk menggantikan bahan shera plank tersebut dengan menggunakan aluminium hollow dan juga metal hollow. Bahan tersebut mudah dicari dan juga boleh digunakan untuk melakukan proses DIY pagar lama rumah beliau.

Ingin mengetahui bagaimana diy tersebut dilaksanakan oleh Faizal Edid ini? Dan juga ingin melihat hasil akhir diy pagar tersebut? Jom kita melihat perkongsian daripada beliau ini.

DIY Pagar Lama Menggunakan Aluminium Hollow Sebagai Pengganti Shera Plank

Nak ubah pagar lama jadi pagar kayangan guna shera plank tak kesampaian sebab di Sarawak, agak sukar nak cari supplier. Kalau ada pun, supplier berada di bandar lain. So cari alternatif lain dengan menggunakan bahan yang mudah di cari

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lakukan DIY Pagar Lama Ini

Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Pagar Lama

Beginilah rupa keadaan pagar rumah lama milik kepada Faizal Edid ini. Pagar lama yang dah pun kelihatan uzur dan berkarat.

DIY Pagar Lama

Proses diy ini dilakukan terlebih dahulu dengan membuang isi-isi pagar tersebut. Nak rangka dia sahaja untuk proceed ke langkah seterusnya.

Dah dapat rangka luar, cantikkan balik besi tersebut agar kembali nampak berkilat semula macam baharu.

Seterusnya memasangkan aluminium hallow pada ruangan tengah tersebut.

Lakukan proses seterusnya pada bahagian yang lain agar mendapat pattern yang diinginkan. Diamond mesh pula dipasangkan ditengah-tengah agar timbulnya pattern diamond tersebut.

DIY Pagar Lama

Dah siap semuanya kini beralih kepada fasa untuk menguji pagar tersebut dirumah.

DIY Pagar Lama

Nak nampak pagar tu nampak elegan, stylo dan cantik bolehlah spraykan pagar tersebut warna hitam dan putih. Kombinasi 2 warna ni memang menaikkan lagi seri pagar tersebut.

Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir proses DIY pagar lama menjadi baharu dengan menggunakan aluminium hollow dan bukannya shera plank.

DIY Pagar Lama

Kredit : Faizal Edid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down