Penghasilan shiplap wall dan wainscoting pada bahagian dinding rumah sudah cukup sinonim dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.
Namun, jarang kita lihat penghasilan slat wall pada ruang dinding rumah. Apakah sebabnya? Adakah kerana ianya lebih rumit dan sukar untuk dilakukan?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita ikuti perkongsian ini.
Saja cuba buat Slat Wall. Tetapi, kali ini guna pvc wire casing. Boleh koyak juga mental buat benda ni ya.
Perlukan kesabaran yang agak tinggi.
Ruang bahagian pintu masuk sebelum proses pemasangan slat wall dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Fauzi Hosni.
Slat wall pada bahagian dinding bawah mula dipasang.
Kemudian, teruskan pula pada bahagian atas dinding itu.
Proses pemasangan selesai dilakukan. Seterusnya pula adalah proses menyapu filler supaya sekata sebelum dicat.
Hasil setelah dinding selesai dicat dengan cat Jotun Timeless. Sangat cantik dan kreatif slat wall yang dihasilkan ini.
Pandangan dari sudut penjuru pintu masuk.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.