Fenomena ular berkeliaran dan masuk ke kawasan rumah bukanlah sesuatu yang baru dan pelik. Kebiasaannya, perkara ini berlaku disebabkan perubahan cuaca yang tidak menentu seperti cuaca panas yang berpanjangan memaksa ular tersebut keluar untuk mencari tempat baru. Jika terserempak, bukan setakat anak-anak je lari, bapak budak pun turut serta sekali lari bertempiaran risau takut dipatuk kerana ular tedung senduk sangat berbisa.
Namun, itu semua jika kita yang terserempak dengan ular tersebut. Tetapi, bagaimana pula reaksi haiwan peliharaan kita sewaktu terserempak dengan ular berbisa seperti ini?
Jadi, untuk mengetahui apa reaksi si bulus ini ketika berdepan dengan ular tedung senduk, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Kalau lihat gambar dibawah ini nampak seperti Si Bulus ini betul-betul gangster, siap berbalas tenungan lagi dengan ular tedung senduk itu.
Tetapi ia sebaliknya, setelah disuruh oleh tuannya untuk beredar. Si Bulus yang comel itu terus beredar ke bahagian tepi. Ular tersebut sudah bersedia nak lawan tau!
Reaksi tersebut membuatkan netizen merasakan ianya sangat comel dan perasaan risau menyelubungi diri serta ingin tahu bagaimana keadaan kucing selepas itu.
Ada juga netizen yang memuji pemilik rumah ini kerana mempunyai keberanian untuk merakam situasi tersebut dengan jarak yang dekat.
Selepas kejadian itu, ular tersebut terus beredar dan menghilang. Apabila dicari semula, memang sudah tidak dapat dijumpai.
Untuk video penuh, boleh lihat di bawah ini.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga rumah kita semua dijauhkan dari dimasuki binatang berbisa seperti ini.
Kredit: Msnorela