Rumah yang mempunyai dekorasi up to date adalah datang dari pemilik rumah yang mementingkan penjagaan kediaman supaya sentiasa kelihatan menarik. Penghasilan deco rumah yang memukau sudah pasti dihasilkan dari idea-idea yang fresh supaya deco yang diterapkan tidak ketinggalan zaman.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Wan Hanim Atan. Beliau telah menghasilkan projek renovasi bilik air dan ruang dapur hasil dari citarasa anak perempuannya.
Jadi, tanpa berlengah lagi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Salam semua. Saya ingin berkongsi renovasi yang dilakukan, hasil citarasa anak perempuan saya.
Idea anak saya tapi ditambah baik oleh pereka design dalaman dan kontraktor.
Alhamdulillah.
Bilik air sebelum diubahsuai.
Nampak macam guna wallpaper, tapi sebenarnya tidak. Bahagian dinding itu menggunakan tiles yang seakan wallpaper.
Bahagian ruang mandi, bilik air sebelum diubahsuai.
Ruang mandi selepas diubahsuai.
Bahagian ruang dapur dan laundry sebelum diubahsuai.
Ruang laundry setelah selesai diubahsuai. Penggunaan stool lebih memudahkan untuk ambil baju selepas siap basuh dan dikeringkan. Ada yang tanya macam mana cara gantung dryer itu?
Mereka beli tumble dryer yang boleh di invert. Bracket untuk gantung tumble dryer dan pemasangan sudah termasuk dalam kos bila beli. Ada beberapa brand untuk dryer seperti ini. Contohnya LG, Samsung, Fisher dan Paykel.
Idea asal adalah inspirasi dari pinterest. Pernah terdetik dalam hati, boleh ke renovasi secantik itu? Namun, deko itu berjaya dihasilkan mengikut citarasa anaknya dan mereka selalu pantau semasa process renovasi tersebut dilakukan. Sangat berpuas hati hasilnya.
Dengan penggunaan folding door glass itu, ia membuatkan dapur nampak lebih kemas. Idea yang sangat baik yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Faktor lain penggunaan folding door itu adalah kerana mereka ada 2 ekor kucing. Jadi, pintu itu berguna bila tidak mahu kucing masuk ke dapur.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.