Renovasi Rumah Kos Rendah Bertemakan "Farmhouse Deco"

6,849 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Membeli sebuah rumah kos rendah ini merupakan kegemaran untuk pasangan yang baru sahaja membeli rumah. Namun, harus diingat bahawa rumah kos rendah ini kadang-kadang tidak berada dalam keadaan yang baik dan banyak yang perlu dibaiki.

Macam yang dikongsikan oleh Haziqa Seth ini, beliau membeli sebuah rumah kos rendah dan telah melakukan sebuah renovasi terhadap rumah tersebut. Beliau telah menggayakan rumah tersebut dengan bertemakan dekorasi Farmhouse.

Hasil renovasi rumah kos rendah tersebut telah pun dikongsikan didalam sebuah grup facebook Kelab Kaki Deco. Hasilnya sangat disambut baikk daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok hasil sebelum dan selepas renovasi rumah kos rendah yang dilakukan ini.

Sebuah Renovasi Rumah Kos Rendah Yang Dilakukan Dengan Cantik Bertemakan "Farmhouse Deco"

Assalamualaikum sedikit cerita ingin dikongsi bersama.

Last time, saya beli rumah ni reban ayam, time tu loan rumah seawal umur lebih kurang 19 atau 20 tahun macam tu, saya dapat kunci tahun awal tahun 2019 bersamaan umur 22 tahun. Memang lambat makan masa setahun nak dapat rumah ni, sebab kos rendah.

Dengan itu ini semua tergendala. Kerja pun cukup makan minum & duit rumah. Renovation banyak terganggu. Tapi berbekalkan usaha & semangat, saya kerja sungguh- sungguh dn meletakkan target untuk membina sebuah rumah kediaman saya.. yang kalau keluar rumah pun tak segan dengan jiran dah. Hahaha (sbb jiran selalu ckp bumbung depan macam nak roboh) .

Tapi jenis saya diam saja dan telan ambil sebagai penguat semangat untuk terus maju. Allhamdulilah hasil kerja saya sebagai Sales executive , dapatlah saya buat sikit2 rumah saya. Ada perabot saya beli dari kedai secondhand JB. Perlahan-lahan kumpul barang. Perlahan-lahan catu duit makan Masa setahun dengan PKP timbul tenggelam, mmg agak adventure orang kata.

Haha, Dan akhirnya dapat juga buat bumbung seperti rumah idaman saya walaupun teres kos rendah. Allhamdulilah & bersyukur Tuhan tu Maha Adil, berkat kesungguhan saya, hasil titik peluh saya & mendapat sokongan dari suami , Tuhan permudahkan impian saya walaupun rumah sederhana dan kecil.

It was like amazing. Harini saya kongsi bukan untuk mendatangkan riak tetapi utk memotivasikan pada anak-anak muda. Rumah itu Tidak Selamanya Buruk.. perlu ada kesabaran yang tinggi & yakin untuk mengharunginya.

Gambar Sebelum & Selepas Rumah Kos Rendah Ini

Sebelum renovasi rumah ini dilakukan, inilah dia keadaan luaran dan dalaman rumah pada mulanya. Banyak proses yang perlu dilakukan ini.

Renovasi Rumah Kos Rendah

Bahagian dalaman rumah ini yang kosong dan keadaan tidak cantik. Ada tulisan conteng-conteng pada awal masuk kerumah ini.

Renovasi Rumah Kos Rendah

Hasil Akhir Rumah Renovasi Yang Dilakukan

Beginilah dia rupa selepas renovasi terhadap rumah kos rendah ini dilakukan oleh Haziqa Seth ini. Sememangnya cantik sangat berbanding dengan gambar sebelum renovasi ini dilakukan.

Renovasi Rumah Kos Rendah

Renovasi Rumah Kos Rendah

Sumber : Haziqa Seth

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Disember 13, 2021
Dikemaskini pada
Jun 11, 2022
Topik

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down