Berpindah ke rumah baru ini sememangnya merupakan impian yang dinanti-nantikan untuk pasangan yang sudah berkahwin. Apabila dapatnya rumah baru ini sudah pastinya kita ingin melakukan sebuah dekorasi yang kita inginkan.
Macam yang dikongsikan oleh Afiefa Ayu ini, beliau sekeluarga telah mengupah orang untuk melakukan sebuah renovasi rumah apartment beliau. Harga untuk melakukan renovasi ini memakan modal hampir RM14K.
Jadi, apa kata kita tengok hasil renovasi sebelum dan selepas rumah yang dikongsikan oleh Afiefa Ayu ini. Hasilnya sangat menganggumkan dan cantik untuk dilihat.
Nak kongsikan hasil sebelum dan selepas rumah saya ini yang dilakukan hasil renovasi RM14K. Dekorasi pun simple-simple jer asalkan nampak cantik dimata diri sendiri
Keadaan Rumah Apartment Sebelum Renovasi Dilakukan
Beginilah keadaan rumah saya sewaktu masuk kedalam rumah ini. Bersyukur sangat sebab bermula daripada ruang yang kosong. Suka sangat kalau rumah ni berada dalam keadaan kosong pada awalnya kerana kita dapat melakukan apa jua dekorasi rumah yang kita mahu.
Gambar kami sekeluarga apabila memasuki kedalam rumah ini.
Ini merupakan bahagian dapur.
Rupa Dan Keadaan Rumah Kami Selepas Renovasi Ini Dilakukan
Beginilah dekorasi rumah kami ini selepas beberapa bulan duduk dirumah ini. Saya sememangnya menyukai sebuah dekorasi rumah yang simple-simple jer.
Ruang tamu untuk rumah ini sangat sempit dan saya gunakan cermin yang besar untuk bagi ia nampak luas.
Beralih pula kepada ruang dapur pula. Macam biasa ruang ni sempit jer tapi dengan penggunaan kabinet pada dinding ini bertujuan untuk jimat ruang sangat berbaloi. Manfaatkan ruang yang ada dan menjimatkan ruang untuk saya melakukan kerja-kerja didapur.
Sumber : Afiefa Ayu