Adakah anda semua pernah mendengar atau tidak mengenai rumah tinggal? Rumah tinggal merupakan rumah telah dibiarkan atau ditinggalkan. Bergantung kepada keadaan rumah tersebut, ada yang dalam keadaan teruk dan ada yang tidak. Jika ingin melakukan renovasi rumah tinggal ini memerlukan modal yang sangat keras.
Seperti yang dikongsikan oleh Nur Natasha Abdullah, beliau menunjukkan hasil renovasi dan dekorasi rumah tinggal lama yang dibelinya. Menurutnya, beliau membeli rumah tersebut dengan harga sebanyak RM60k dan renovate semua dalam RM70k. Untuk perabot pula sebanyak RM20k digunakan.
Jadi, mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana rupa sebelum dan selepas renovasi tersebut dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada Nur Natasha Abdullah ini.
Assalamualaikum semua. Nak share deco simple selepas renovate rumah tinggal.. Biasanya rumah macam ni orang takot nak beli. Cukuplah deco seadanya ikut citarasa sendiri.
Keadaan Rumah Tinggal Pada Awalnya
Kepada anda semua yang tertanya-tanya bagaimana keadaan rumah tinggal pada awal saya beli ini. Inilah dia rupanya. Halaman rumah dah banyak dinaikki rumput dan juga pokok. Dalaman rumah pula dibiarkan sehingga berdebu dan juga barang yang tidak berguna.
Dekorasi Rumah Tinggal Selepas Renovasi Dilakukan
Selepas habisnya renovasi rumah tersebut dilakukan. Terus saya melakukan dekorasi rumah tinggal tersebut mengikut citarasa saya sendiri. Untuk melakukan dekorasi pula, tambahan RM20k diperlukan.
Jadi, Inilah dia hasil dekorasi rumah tinggal terbiar ini. Boleh tengok setiap ruang deko tersebut.
Bahagian dapur dan juga ruang makan kami sekeluarga.
Gambar Sebelum & Selepas Rumah Tinggal Terbiar Ini
Bahagian Hadapan Rumah
Laluan Dari Ruang Tamu Ke Dapur
Bahagian Bilik Air
Didalam Bilik Air
Bahagian Dapur
Ruang Masuk Kedalam Rumah
Sumber : Nur Natasha Abdullah