Setiap pemilik rumah mengimpikan untuk memiliki ruang dapur yang cantik, kemas dan tersusun. Tidak kira peringkat umur, boleh dikatakan semuanya mempunyai minat yang sama apabila melibatkan aktiviti deco rumah ini. Apa yang membezakannya adalah cara mereka deco mengikut kesesuaian konsep yang diterapkan sahaja.
Tidak mahu terlepas juga dalam menghasilkan dekorasi dapur rumah, wanita ini yang bernama Ainon Sidi telah menghasilkan renovasi dapur lama miliknya kepada satu konsep baru yang lebih menarik.
Jom kita lihat gambar sebelum dan selepas dapur ini diubahsuai.
Mak cik sudah siap renovate rumah. Inilah ruang dapur mak cik sebelum dan selepas. Kabinet belum siap lagi cuma rangka sahaja. Siap nanti makcik update. Mak cik buat sekadar yang mampu sahaja. Slow-slow.
Bahagian ruang dapur ini sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang ini selepas proses ubahsuai selesai dilakukan. Terus kelihatan menarik dan cantik selepas diubahsuai.
Walaupun deco yang dilakukan boleh dikatakan agak simple, namun, hasil yang dilakukan ini boleh dikatakan agak kreatif dan ceria.
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat menyumbangkan idea dan inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam cuba untuk deco dapur rumah.
Semoga bermanfaat.