Sudah menjadi impian setiap suri rumah yang suka melihat benda-benda yang cantik dan menarik. Kalau boleh kesemua barangan yang ada di rumah perlu sentiasa kelihatan kemas dan cantik termasuk jugalah bahagian dapur.
Dengan memiliki dapur yang cantik dan kemas, ia mampu menghadirkan suasana yang ceria dan mampu memberi lebih semangat buat suri rumah untuk masuk ke dapur. Bagi memastikan bahagian dapur miliknya lebih selesa dan luas, wanita ini yang bernama Zeety Zahirah Zulaikha telah berjaya pecahkan semula dapur miliknya untuk di extend supaya lebih luas.
Untuk melihatan proses ubahsuai yang dilakukan ini, jom teruskan bacaan dibawah ini.
Alhamdulillah siap renovate pecahkan dapur. Rezeki anak-anak, tapi simple sahaja dapur kita yang diubahsuai ini. Kalau ade otai yang nak bagi pendapat untuk penambaikan dari segi decoration dipersilakan. kita budak baru belajar.
Dapur lama sebelum dipecahkan.
Belakang ruang belakang ini berkeluasan 22 × 10.
Keadaan dapur semasa proses dilakukan.
Keadaan rumah semasa proses membangunkan dapur terus dilakukan.
Keadaan dapur setelah hampir siap dilakukan.
Ruang dapur lama dijadikan ini dijadikan ruang makan. Dinding yang masih kosong itu akan dideco selepas ini sebab beliau tengah kumpul bajet untuk beli TV dan diletakkan disitu.
Kos keseluruhan ubahsuai dapur ini sekitar RM23K lengkap dengan grill tingkap dan awning belakang. Tapi masih menunggu tukang memasang grill dan awning. Sebab grill tingkap kena hantar ke Kilang untuk powder coat. InshaaAllah tak akan berkarat.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dengan dapat memberi inspirasi kepada pembaca yang mahu ubahsuai dapur seperti ini. Semoga bermanfaat.