Tinggal di rumah kos rendah bukanlah menjadi isu dan penghalang buat kita dalam menghasilkan ubahsuai rumah tersebut. Perkara yang paling penting jika mahu melakukan dekorasi rumah adalah pastikan pengiraan bajet cukup. Hal ini kerana, dengan adanya bajet yang cukup, sudah pasti ianya mampu menjadikan rumah kita lebih menarik mengikut kesesuaian.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Adawiah Mamat. Beliau telah berjaya melakukan renovasi rumah asal orang tuanya itu dengan cara bajet mampu milik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah yang menarik ini.
Sebelum Dan Selepas.
Asal rumah kos rendah harga RM25 ribu sahaja dulu-dulu. Rumah pertama kami sebelum beli yang kedua. Asalnya rumah orang tua sebelum mereka buat rumah lain di kampung.
Alhamdulillah deco bajet sikit-sikit hasil simpanan yang ada. Tak adalah deco wow sangat, biasa-biasa sahaja sesuai duduk bandar kecil.
Harap tak ada komen ada duit semua jadi ya. Semua orang struggle kumpul. Duit untuk impian masing masing. Yang komen tu tak duduk di kasut kami, suami isteri siang malam bekerja kumpul duit siapkan rumah kami.
Kami kongsi deko ini adalah untuk berkongsi idea deco rumah murah kami sahaja. Spread love.
Keadaan luar pintu rumah sebelum diubahsuai.
Keadaan luar pintu rumah selepas diubahsuai.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang tamu selepas diubahsuai.
Ruang menonton tv sebelum diubahsuai.
Ruang menonton tv selepas diubahsuai.
Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang makan selepas diubahsuai.
Ruang bilik tidur sebelum diubahsuai.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Dapur sebelum diubahsuai.
Dapur selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Sangat cantik dekorasi rumah ini selepas berjaya diubahsuai. Semoga bermanfaat.