Nak shera plank dengan cara yang mudah, modern dan kelihatan lebih tersusun dengan rapi? Ini dia cara yang dilakukan oleh Mazran Naraddin membuat pagar privacy modern ini mampu menarik minat anda yang inginkan cara simple buat pagar privasi.
Dengan menggunakan shera plank dan juga batten besi biru ini sahaja dah mampu untuk membuat pagar privasi yang kukuh, cantik dan memukau para tetamu yang datang. Pagar ni sememangnya privasi sangat untuk anda sekeluarga dirumah yang tidak mahu dilihat oleh orang lain.
Jom kita melihat hasil pagar privacy modern yang dilakukan oleh Mazran Naraddin ini.
Alhamdulillah. Siap sepenuhnya setelah hampir 6 bulan punya projek. Anggaran kos lebih kurang RM 1000 (papan SP, skru dan besi batten biru) . Pagar berukuran lebih kurang 45ft. Terima kasih tuan2 yang budiman yang sudi berkongsi 'resepi' pagar SHERA PLANK.
Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Buat Pagar Privacy Modern Ini
Langkah-Langkah Untuk Melakukan Pagar Privacy Ini
Inilah dia shera plank yang dah sampai hasil order melalui ejen.
Proses dimulakan dengan menggantikan pagar tepi lama ni dengan besi batten biru. Guna besi macam ni baru pagar tepi kukuh berbanding yang biasa.
Slow-slow buat daripada awal sehingga akhir.
Dah siap semuanya letakkan besi batten biru ini. Sekarang ini hasilnya pula selepas meletakkan shera plank disepanjang besi batten tersebut.
Nampak kosong jer shera plank. Apa kata kita bagi sentuhan sedikit dengan catkan shera plank tersebut dengan warna coklat. Barulah nampak ada pagar privacy yang cantik.
Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir pagar privacy modern yang menggunakan shera plank dan juga batten besi biru.
Sumber : Mazran Naraddin