Ruang yang kosong pada bahagian halaman rumah ini kalau tak buat apa-apa berkemungkinan akan tumbuh rumput panjang. Jika dah tumbuh rumput yang tinggi memang susahlah nak buat tambahan pula rumput degil.
Jadi, kalau ada ruang belakang rumah yang kosong tu disarankan untuk membuat satu ruang untuk berehat atau bersantai macam yang dilakukan oleh Kunije Tnije ini. Hasil yang dikongsikan oleh beliau ini membuka ramai orang betapa pentingnya buat ruang bersantai sebegitu.
Dengan ada ruang santai pada bahagian halaman rumah boleh laaa nak bergosip dan membawang dengan jiran tetangga secara tenang tak ada gangguan. Jom kita lihat bahagian ruang santai dilakukan pada halaman belakang rumah ini.
Kadang ruang belakang ni tak digunakan sepenuhnya. Hanya sebagai tempat sidai baju semata. Namun banyak yang boleh dilakukan iaitu sebagai tempat berehat di atas tangga, membawang di waktu petang dengan jiran sebelah sambil sambil tanam sayur.
Disini saya reka tangga seakan terapung di mana di bawahnya ada ruang kosong, diletakkan lampu. manakala dibuat lantai simen supaya kemas dan dimasukkan batu2 sungai putih hitam untuk suntikan warna. Pokok2 ni untuk sabagai hiasan. Selain bercucuk tanam pokok sayuran dan herba.
Proses Membuat Ruang Pada Belakang Rumah
Proses membuat tapak sedang giat dijalankan.
Keluasan pada kawasan ini kecil sahaja namun cukup untuk dijadikan sebagai ruang untuk bersantai.
Ruang Santai Yang Siap Dilakukan Dengan Tangga Terapung
Alhamdulillah, siap juga akhirnya ruang santai dilakukan ini. Ambik gambar malam sebab nak tunjukkan tangga tu. Hehehe.
Tangga yang diidamkan iaitu tangga terapung. Design yang sebegini sememangnya jarang dilakukan.
Permandangan pada waktu petang. Bahagian ini ditambahkan lagi dengan batu-batu kecil dan simen bercorak.
Kredit : Kunije Tnije